BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 19, 2010

Tasawur Islam sebagai ad-Deen

Muqaddimah

Adapun berbagai-bagai agama yang ada di muka bumi ini memperolehi namanya masing-masing. Adakalanya dari  orang yang mengasaskannya atau dari nama umat tertentu yang menubuhkan atau mengembangkan agama tersebut. Agama Nasrani atau Masihi mengambil nama dari al-Masih. Agama Buddha diambil dari nama pengasasnya; Gautama Buddha. Agama zarathusa berasal dari nama pembawa panji-panji,Zarathusa. Agama Yahudi pula mengambil nama daripada suatu qabilah yang dinamakan Yahudi.

Berlainan dengan Islam, ia tidak disandarkan kepada nama individu tertentu, ataupun umat tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat-sifat khusus yang terkandung dalam makna perkataan Islam itu sendiri. Daripada nama tersebut jelas bahwa ia tidak menunjukkan pembawa atau pengasasnya di kalangan manusia. Ia bukan khas bagi umat tertentu, tetapi ia adalah untuk seluruh bangsa.

Pengertian Islam

Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah dalam firmannya:

Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid)- (An-Nisaa’ ; 125)

Berpandukan ayat ini maka Islam diertikan sebagai “penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan diri”

Islam dengan pengertian induk ini tidak hanya dikhususkan kepada manusia tetapi merangkumi segala kejadian di alam semesta.

Firman Allah:

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu,mereka mencari lain daripada agama Allah? Padahal kepadanyalah tunduk taat segala makhluk yang ada di langit dan bumi, sama ada dengan suka atau terpaksa, dan kepadaNyalah  mereka dikembalikan.(Ali-Imran; 83)

Dari kedua-dua ayat ini maka dapat disimpulkan bahawa pengertian Islam ini tersimpul pula dalam penyerahan diri  kepada Allah. Penyerahan yang setepat-tepatnya di antara hubungan manusia dengan penciptanya ialah sujud kepada Allah dengan penuh kepatuhan ketundukan. Oleh itu jelas sekali di antara ketiga-tiganya; ad-deen, Islam dan sujud  mempunyai jalinan yang erat dan tabiie’.

Islam Sebagai Ad-Deen Dan Kewajipan Menghayatinya

a) Pengertian ad-Deen

Islam adalah ad-Deen (cara hidup) yang merangkumi aqidah, ibadah, politik dan negara, tanah air, kerajaan, umat, akhlak, kekuatan, rahmat, keadilan, kebudayaan, ilmu pengetahuan , kehakiman, kekayaan, jihad, da’wah, ketenteraan, fikrah dan dasar perjuangan. Cara hidup Islam sahaja yang diterima oleh Allah. Firman Allah;

Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam (Ali-Imran, 19)

Pengertian Islam yang terkandung dalam ayat (Ali-Imran : 83) dan (An-Nisaa’ : 125) merupakan penyerahan diri secara total kepada Allah. Pengabdian dan penyerahan diri ini adalah manifestasi daripada tujuan sebenar manusia diciptakan- semata-mata tanda ibadah kepadaNya. Menurut Abul A’la Al-Maududi dalam buku “al-Istilah al-Arba’ah fil Quran”menyatakan 4 kandungan ad-Deen:

a)      –Peraturan
b)     –Taat
c)      –Kekuasaan
d)     –Balasan

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM :

  1. RABBANIAH (KETUHANAN)

Firman Allah Taala :  “Celupan Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya dari celupan Allah, dan kami kepadanya berubudiyah.” (Al-Baqarah; 138)

Maksud rabbaniyah yang menjadi teras kepada wujudnya sifat-sifat Islam yang lain, adalah bererti :
*  Islam ini adalah berasal dari sumber-sumber ketuhanan yang tulen dan asli, yakni bersandarkan wahyu Allah sepenuhnya iaitu al-Quran dan al-Sunnah, yang terpelihara dari sebarang perubahan dan tokok tambah perbuatan manusia. Inilah titik pembeda Islam dan agama lain seperti Yahudi dan Kristian yang telah dicampur aduk antara kalam Tuhan dan tafsiran pendeta-pendetanya. Oleh itu, Islam bukanlah lahir dari pemikiran dan falsafah karut yang ditaja oleh manusia yang serba kelemahan.
*  Islam menyeru kepada tauhidullah dan uluhiyyatuliahdalam erti kata yang sebenar merangkumi segenap kehidupan, justeru tidak ada tempat untuk manusia atau pendeta atau para nabi dan mursalin Islam untuk disembah atau diberikan kompromi pemujaan.



  1. AJARANNYA ADIL

Oleh kerana Islam datang dari Allah yang Maha Adil, maka segala ajarannya adalah sempurna dan adil, jauh sekali dari segala kekurangan (nuqsan) dan kezaliman ke atas penganutnya. Islam membawa prinsip persamaan (Al-musawah) antara manusia apabila berhadapan dengan pengadilan, tanpa  memilih bulu dan beza warna kulit. Rasulullah sendiri pernah menyatakan, “ Sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong juga tangannya.”

Umar al-Khattab pernah mengambil tindakan ke atas anak Amru al-Qas (bapanya menjadi Gabenor Mesir) yang telah kalah dalam perlawanan kuda dengan dengan seorang Qibti (Kristian). Oleh sebab anak Amru telah memukul orang Qibti dan telah sampai ke pengaduan Umar, maka anaknya dihukum oleh Umar r.a.

  1. SYUMULIAH (MENYELURUH)

Ajaran Islam adalah ajaran yang lengkap, komprehensif, holistik merangkumi semua perkara, dari sekecil-kecil adab memasuki tandas sehinggalah sebesar-besar urusan pemerintahan negara. Menurut as-Syeikh Said Hawwa dalam bukunya al-Islam; kesyumulan Islam merangkumi 4 perkara asas:

1)      Aqidah-(beriman kepada Allah,Rasul, Malaikat, Nabi, Kitab, Hari Qiamat, perkara ghaibiyat dan sebagainya)
2)      Ibadat-(sembahyang, puasa, zakat, dsb)
3)      Panduan hidup- (sistem politik, ekonomi, pendidikan, pembentukan akhlak)
4)      Fakta pelengkap- (jihad, amar ma’ruf nahi mungkar, perlaksanaan syariah)

Kesyumulan Islam adalah merangkumi seluruh kegiatan manusia dalam kehidupan berpandukan petunjuk dan bimbingan daripada al-Quran dan sunnah. Ianya mesti diterima dan tidak boleh dipecah-pecah atau diterima sebahagian dan ditolak sebahagian yang lain. (Al-Baqarah : 85). Ia berada seimbang dan sesuai dengan  fitrah manusia. (an-Nahl : 89).

Islam is the way of life yang komprehensif dan menyeluruh, mencakupi segala aspek kehidupan , bukan sekadar sejak dari lahir hingga ke liang lahad, tetapi sejak sebelum lahir di alam baqa’ hingga selepas mati mennuju akhirat, kesemuanya disentuh oleh Islam. Islam juga bukan semata-mata syariat atau kerohanian sahaja, tetapi Islam itu adalah aqidah dan kenegaraan, kemasyrakatan dan ekonomi, pertahanan dan ketenteraan, sains dan teknologi, dan segala-galanya.

Al-Quran sendiri telah menyebut kesemua perkara asas di dalamnya dan ini dibuktikan dengan kajian saintifik dan professional dalam segenap bidang. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 89:


  1. ALAMIYYAH (KEANTARABANGSAAN)

Firman Allah Taala : “Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan ke atas hamba-Nya (Nabi Muhammad) agar menjadi peringatan kepada seluruh alam.” (al-Furqan : 1)

Firman Allah Taala : “ Dan tidaklah kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.” (al-Anbiya’: 91)

Sabda Rasulullah s.a.w : aku dilebihkan dengan mengatasi nabi-nabi terdahulu adalah jika nabi-nabi terdahulu diutuskan kepada suatu kaum yang khusus, maka aku diutuskan kepada semua manusia secara umum.” ( hadis riwayat Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah).

Alamiyah boleh diertrkan sebagai Islam ini hakikatnya adalah sesuai dan bersifat rahmat (penyelamat) kesemua manusia mukallaf di atas muka bumi tanpa mengira aspek ras dan bangsa, daerah dan batasan geografi, kaum dan warna kulit, keturunan dan bahasa. Sifat universal Islam bukan hanya terbatas untuk waktu tertentu atau generasi tertentu, tetapi berlaku sepanjang masa dan tempat. Kerahmatan Islam meliputi semua makhluk sama ada binatang, manusia dan juga tumbuhan. Oleh kerana itu, ketika dalam peperangan, tentera-tentera Islam dipesan supaya jangan memusnahkan tanaman, orang-orang perempuan yang tidak menyertai peperangan, orang-orang tua yang uzur, mereka yang berada dalam rumah berhala dan kanak-kanak kecil. Binatang yang hendak disembelih sekalipun, Islam meletakkan cara yang sesuai supaya penyembelihan terhadapnya bukan suatu bentuk penyeksaan.

  1. WAQI’IYYAH (PROGRESIF DAN DINAMIK)

Ajaran Islam swessuai sepanjang masa dan keadaan, segingga Islam dapat memenuhi hajat manusia sehingga manusia tidaka akan merasa se3mpoit ketika menghadapio cabaraan hidup dunia. Islam telah membuktikan keselariannya dengan arus moden sesuatu zaman dengan lahirnya ulama2 Islam di bidang teknologi seperti al-Bairuni(oerubatan), Ibnu Sina (perubatan), Al-Khawarizmi (fizik) dan lain2.

  1. AJARANNYA SENANG DAN TIDAK SUSAH

Semua ajaran Islam adalah swenang dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang suka perkara2 yang baik dan menyenangkan. Contohnya ketika melakukan ibadah solat, ia boleh dilakukan di mana2 asalkan bersih. Sekiranya musafir melebihi 2 marhalah, boleh dilakukan solat jama’ dan qasar. Ibadah puasa hanya pada mereka yang mampu melakukannya. Boleh berbuka puasa pada ibu hamil yang bimbangjan jesihatan anak dalam kandungan, oranbg  musadfir, orang tua yang tidak berdaya menegerjakannya.

Islam mengarahkan supoya menutup aurat, kerana ia memelihara maruah dan harga diri manusia. Tetapi Islam tiddak menentukan bentuk pakaian yang tertentu, yang penting ia mentup aurat. Pakaian perempuan tidaklah boleh terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, tidak jarang, bukan fesyen pakaian yang terbelah sehingga menanampakkan aurat. Pakaian ttudng hendaklah dilabuhkan sehingga menutup dada.


  1. TIDAK ADA PAKSAAN

Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah (256):”Tidak ada paksaan dalam agama..

Kerana itu di dalam sejarah Islam dari mula lagi, tidak ada kes yang memaksa orang kafir menganut Islamn, walaupun mereka berada dalam negeri yang diperintah oleh orang Islam. Keadaan ini berlainan dengan apa yang kita lihat pada agama lain, di mana mereka cuba memperdasya dengan tipu helah dan janji manis supaya memeluk agama mereka, malahan ada yang menggunakan kekerasan unutuk memaksa orang lain menukar agama seperti yang pernah berlaku ke atas umat Islam Sepanyol. Sekiranya Islam berkembang dengan cara paksaan, maka ramailah munafik yang berpura-pura memeluk Islam tetapi mempunyai niat jahat untuk memusnahkan Islam dari dalam.


  1. INQILABIYYAH(NO COMPROMIZE)

Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempel bersama-sama dengan amalan jahiliyyah. Perubahan yang sejaajar oleh Islam dalah perubahan yang total. Ia tidak boleh beramal Islam separuh dan meninggalkan separuh yang lain, tetapi ia mesti menerima Islam secara keseluruhannya. (untuk penjelaasan lanjut, sila rujuk tajuk jahiliyyah selepas ini)


  1. THABAT (UTUH)

Islam pada prinsip dan aasnya bersifat dan kuat. Ia tidak akan mengikut kehendamanusia dan logik akal walaupun pada zahir mendatangkan kebaikankepada manusia. Isllam tidak boleh ditafsirkan dengan sewenang-wenangnya oleh akal fikiran pada Islam itu ada perkara ath-Thawabit yang tidak boleh dimasukcampuri oleh pemikiran manusia yang serba lemah dan terbatas.


  1. Murunnah

Rahsia kekalnya Islam hingga ke akhir zaman kerana sifatnya yang tidak berubah pada perkara pokok dan asas tanpa boleh menerima perubahan atau penambahan(ath-thwawabit) manakala boleh berubah pada perkara ijtihadiyyah atau yang didiamkan dari disebut secara qat’iyy dalam al-Quran dan as-sunnah. Keanjalan manhaj hidup Islam ini memberikan daya untuknya menghadapi aneka permasalahan hidup yang dating silih berganti. Sibghah atau cirri ini membuatkan Islam berkebolehan untuk berijtihad atau menyimpulkan hokum-hakam terhadap perkara yang tiada nas sama ada melalui Qiyas, Masalih Mursalah, Istihsan dan sebagainya.

Kesan Penghayatan Islam

1.         Seseorang muslim yang menghayati sifat-sifat Islam di atas pasti akan mencintai Islam dan menjaganya sebaik mungkin dalam diri, khususnya apabila cara hidup Islam yang menyeluruh dan seimbang dibandingkan dengan cara hidup hedonisme dan penuh kekurangan yang dicipta oleh isme-isme dari Barat(Islam as the only Way of Life)

2.                  Seseorang muslim yang menghayati sifat-sifat Islam pastinya akan berakhlak dengan akhlak Islamiyah kerana akhlak adalah sebahagian besar dari content Islam selepas aqidah dan syariah.

seseorang muslim yang menghayati sifat-sifat Islam dan menyintainya, pastinya akan memperjuangkan Islam dan menjaganya daripada penghinaan musuh dan mencintai saudara-saudara seaqidah dengannya di sekelilingnya dan di dalam dan di luar negara.


FIKRAH ISLAM MENOLAK JAHILIYYAH MODEN

Sestengah manusia mengira bahawa Jahiliyyah adalah tempoh tertentu daripada zaman sebelum Islam di di Semenanjung Arab. Jahiliyyah adalah intipati tertentu yang mungkin mengambil gambaran yang berbagai-bagai mengikut bi’ah, situasi, masa dan tempat. Maka semua gambaran itu serupa bahawa Jahiliyah meskipun berbagai-bagai bentuk rupa. Jahiliyah bukan lawan kepada apa yang dinamakan ilmu, makrifat, ketamadunan, madaniah, kemajuan kebenaran dan nilai-nilai pemikiran, social, politik dan kemanusiaan secara mutlaknya.

Sesungguhnya Jahiliyah sebagaimana yang dimaksudkan dan tentukan oleh Al-Quran ialah keadaan nafsiyyah (diri) yang menolak untuk berpandukan dengan petunjuk Allah serta system tanzimi yang menolak pemerintah dengan apa yang diturunkan Allah:

Ertinya: “Apakah hokum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hokum siapakah yang lebih baik daripada hukumm Allah bagi orang2­­­­­ yang yakin". (Al-Maidah : 50)

Rasulullah pernah menyebut beberapa pengertian Jahiliyyah di antaranya:

Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:

Ibnu Qayyim berkata: “Panggilan dengan panggilan (slogan) Jahiliyah seperti panggilan kepada qabilah2  dari puak bagi seseorang dan seumpamanya taasub dengan mazhab2, golongan2, tuan2 guru, melebihi setengahnya ke atas sesetengah yang pada sudut hawa nafsu dan asobiyah……”.


Ciri-ciri Jahiliyah Moden

PERTAMA :
Jahiliyah ialah penyelewengan daripada peribadatan yang sebenar kepada Allah. Peribadatan ini terlaksana dengan penghakiman Allah sahaja di dalam seluruh urusan kehidupan. Aqidah ialah penyusun hubungan, ikatan, tasawur dan pemikiran manusia. Apabila batul aqidah, luruslah imej dan langkah-langkah manusia. Arab Jahiliyah beriman dengan kewujudan Allah.

Ertinya: “Demi, jika engkau bertanyakan pada mereka : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi nescaya mereka menjwab : Ialah Allah”.(Luqman : 25)

Tetapi mereka tidak mengenali dan tidak beriman dengan sebenarnya kepada Allah dan tidak menjadikan Allah sebagai hakim kepada segala urusan mereka.

Ertinya : “dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan
               yang semestinya”, (Al-An’am : 91)

KEDUA :
Mengikut hawa nafsu bagi setiap jahiliyah adalah lahir daripada asalnya tidak beriman dengan Allah dan Islam.

Ertinya : “Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau, dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada mereka”. (Al-Maidah : 49)

Tapi syariat Allah terlepas dari hawa nafsu kerana Allah tidak berhajat kepada apa-apa maslahah makhluk.

Ertinya : “Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan”. (Al-Zariyat : 57)

KETIGA :

Kewujudan taghut2 di muka bumi yang beertugas untuk memalingkan manusia daripaada pengabdian kepada Allah dan pemerintah dengan syariatnya supaya berubah untuk menjadi untuk mengabdi taghut2 dan memerintah dengan hawa nafsu mereka.

Ertinya : “Allah pelindung orang2 yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman), dan orang2 yang kafir, pelindungnya ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran)”. (Al-Baqarah : 257)

Sama sahaja taghut itu, berbentuk peribadi, puak, jamah, adapt, taqlid atau apa2 kekuatan yang menjadikan manusia hamba kepada mereka. Manusia tidak boleh keluar daripada arahan dan perintah mereka. Taghut akan berpendirian permusuhan dengan aqidah yang sebenar kerana ia menghendaki wala’ untuknya dan kemaslahatannya bukan wala’ kepada Allah.

KEEMPAT :

Terjebak di dalam arus syahwat hasil daripada jauh dengan manhaj Allah. Syahwat ialah perkara yang dicintai oleh manusia.

Ertinya : Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita2, anak2, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia”.(Ali-Imran : 14)

Berbagai-bagai sebab yang menjadikan syahwat menguasai dan menghancurkan imej manusia, di antaranya ialah kesibukan taghut yang memerintah dengan sesuatu yang lain daripada yang diturunkan Allah, maka ia sebenarnya taghut. Oleh itu ia tidak menghiraukan penyelewengan manusia pada urusan seks dan tidak berusaha untuk memperbetulkannya.

Kemungkinan juga yang menjadi sebab ialah usaha taghut dengan sengaja untuk menyebarkan dan berseronok dengan keseronokan yang haram atau melalaikan manusia daripada kezaliman yang berlaku ke atas mereka dengan tenggelam di dalam keenakan seks yang keji.

Ciri2 terpancar pada asalnya daripada ciri yang utama iaitu penyelewengan daripada pengabdian kepada Allah. Setiap jahiliyah di dalam sejarah memiilki ciri2 yang khusus selain ciri2 ini:

                    I.      Kemajuan keilmuan yang tinggi digunakan untuk menyesatkan manusia daripada petunjuk Allah dan merngenakan keburukan dan kepedihan terhadap makhluk Allah.
                 II.      Manusia berbangga dalam menghadapi pencipta, dalam keadaan disamarkan dengan natijah2 ilmu dan kemajuan kebendaan sehingga manusia mengira bahawa manusia tidak berhajat kepada Allah atau dia menjadi seperti Allah.
               III.      Teori2 keilmuan yang berbagai-bagi yang menghadapkan manusia kepada penyelewengan sosial, ekonomi, psikologi ddan semua bidang kehidupan.
              IV.      Fitnah dengan tatawwur atau perkembangan.
                V.      Kebebasan wanita

Sesungguhnya fitnah besar di dalam jahiliyah moden ini kerana ia banyak memiliki  pada sudut ilmu dan kekuatan kebendaan. Ia boleh memastikan perjalanan ketamadunan kebendaaan yang banyak kepada diri manusia di atas muka bumi di dalam keadaan menghimpun setengahnya di atas asas kebaikan dan manfaat kepada manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa akan terhimpun satu bahagian daripada kebaikan yang zahir di dalam diri kemanusiaan. Tetapi kebaikan ini tidak bersandarkan kepada kebenaran dan manhaj yang sohih (seperti penerapan nilai2 Islam) mereka akan menyelewengkan pendengar2 manusia dan mereka mengira bahwa mereka bukan jahiliyyah.

Ertinya : “Dan mereka mengira mereka mendapat petunjuk”(Al-A’raf : 30)

Keilmuan, kekuatan dan tanzim adalah ciri2 zaman moden dan alat2 yang dipergunakan oleh taghut pada hari ini untuk meneguhkan jahiliyyah.

Kesimpulan :

Jahiliyyah moden merosakkan segala tasawwur manusia terhadap Allah, alam, kehidupan dan manusia, penyelewengan yang menjerumuskan segala kehidupan manusia di dalam kefasadan dan kegelapan. Seorang falsafah barat berkata : “Telah tamat zaman yang dipimpin oleh(orang putih)…”. Sesungguhnya kehancuran jahiliyyah memberi peluang kepada manusia untuk mendirikan kehidupan di atas asas kebaikan yang berpandukan manhaj Allah dan beriman kepada kebenaran daripada Allah.

No comments:

Post a Comment