BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 19, 2010

PENGENALAN KONSEP USRAH DAN KEPENTINGANNYA

PENGENALAN KONSEP USRAH DAN KEPENTINGANNYA1
         Muqaddimah
Usrah bukanlah asing di dalam Islam. Bahkan dimulakan sejak zaman Rasulullah SAW selepas Bai'ah Aqabah Terakhir pada malam Aqabah ketiga datang tujuh puluh tiga lelaki dan wanita dari Madinah berbai'ah kepada Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW memilih daripada mereka pada malam tersebut 12 orang naqib. Mereka ialah; As'ad bin Zararah, Sa'ad bin Rubai', Abdullah bin Rawahah, Rafi' bin Malik, Bara' bin Ma'rur, 'Abdullah bin Amru bin Haram ayah kepada Jabir dan Islam pada malam tersebut, Sa'ad bin 'Ubadah, al - Munzir bin 'Amru, 'Ubadah bin as - Somit dan kesembilan - sembilan mereka dari puak Khazraj dan tiga daripada puak-Aus; Usaid bin al-Hadir, Sa'ad bin Khathimah dan Rifa'ah bin 'Abd al -Munzir. Manakala wanita 2 orang; Nusaibah binti Ka'ab bin 'Amru dan Asma' binti 'Amru bin 'Adi.2

1.FIKRAH
        Definisi Dan Konsep                                                                                                                     
Proses Tarbiyah Islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah yang-berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah.
Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
        Konsep usrah sering disalaherti. Sesetengah pihak menganggap usrah sebagai sesi kaunseling memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah (kepercayaan), taat, jihad, sedia berkorban dan sebagainya. Yang penting, usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah. Justeru, kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli-ahli usrah yang bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah. Juga, kejayaan usrah tidak merujuk kepada keupayaan naqib atau naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi. Namun begitu, naqib atau naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada perrnasalahan ahli-ahli usrahnya ibarat seorang sahabat karib yang ikram atau mungkin ibarat seorang guru atau bapa atau ibu yang penyayang.
Matlamat usrah adalah untuk membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan. Peribadi-peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikat dengan ukhuwwah, di samping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya. Sesi kaunseling boleh wujud dalam usrah, tetapi usrah bukanlah semata-mata sebagai suatu sesi kaunseling. Ini memandangkan kebiasaan usrah yang menitikberatkan soal ukhuwwah atau persaudaraan. Sesetengah pihak yang lain pula sering menganggap usrah sebagai suatu kelas pengajian agama atau halaqah ilmu.
[1]RUKUN USRAH
1.                        Taaruf.
Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al -hubbufiilah.
Firman Allah: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ..... " Dan Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain ". Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah. Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah (daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)-kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk [2]mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.
2.                 Tafahum.
Tafahum   maksudnya   bersefahaman.   At-tafahum   daripada   bab  mufa'alah juga,   bertujuan  supaya   usrah membuahkan suatu sikap,  satu  tindakan daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara (ad-Dinul nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa apa perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain, baik yang memberi atau menerima, Cuba renungkan hadith di atas.
3.                            Takaful.
Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela. Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada ukhuwah yang murni.
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan. Dan sabdanya lagi, maksudnya: Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepada selain syurga. Inilah gambaran besar atau kecilnya at-takaful dalam Islam bagi rukun usrah ketiga.

        PELAKSANAAN USRAH
1.     Usrah diadakan pada tiap-tiap minggu atau tiap-tiap dua minggu sekali dan merupakan program tarbiyyah yang tetap.
2.  Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah.
3.  Sembahyang berjamaah, berwirid, membaca Al-Quran adalah rukun utama majlis usrah.
4.  Sebaik-baiknya majlis usrah adalah mengikut cara di bawah ini:
         
i.    Bermuda dengan sembahyang (maghrib) berjemaah.
   ii.  Berwirid dengan Al-Mathurat
   iii. Membahas dan mengkaji kertas-kertas kerja dan sebagainya, yang telah disediakan oleh naqib atau naqibah.
5.  Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan teriebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
6.  Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-rukar fikiran dengan teliti, maka majlis mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua dan usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan.  Perbahasan bpleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit. Sekiranya tajuk perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan kepada pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam jamaah.
7.     Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan.
8.     Sebahagian  daripada  waktu   usrah  hendakdah  diperuntukkan  khusus  kepada  organisasi   dan  hal  ehwal  semasa  dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar negara.
9.     Usrah bersurai sesudah membaca tasbih kaffarah dan suratul Al'Ashr.

                 
                   ADAB-ADAB USRAH
Di antara adab-adab usrah itu adalah seperti berikut:                                   
1.     Mengikhlaskan niat hanya kepada Allah
Sabda Rasulullah,S.a.w Maksudnya: "Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan. " (Muttafaq 'alaih)
2.     Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah.
Firman Allah Taala: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah engkau semua memasuki rumah yang bukan rumah-rumah mu sendiri, sehingga engkau semua meminta izin teriebih dahulu serta mengucapkan kepada ahlinya (orang yang ada di dalam). An-Nur : 27)
3.     Datang ke majlis tepat pada waktu yang dijanjikan atau ditetapkan. Sabda  Rasulullah s.a.w.  Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tanda orang munafiq itu tiga, iaitu jikalau berkata dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau di amanahkan dia khianat. "la menambah di dalam riwayat Muslim: "Sekalipun dia berpuasa dan bersembahyang dan mengaku
dirinya orang Islam."
(Muttafaq 'alaih)
4.     Datang ke majlis daJam keadaan bcrwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna. Maksudnya
"Dari Usrnan bin Affan r.a.  katanya:  "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya (menyempumakan sesempuma mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarganya itu sampai dari bawah kuku-kukunya: "(Muslim)
Perkara ini diperlukan supaya :
o                       Senang untuk mendirikan solat.
o                       Memudahkan apabila memegang Al-Quran dan ayat-ayatnya dalam teks usrah.
o                       Jauh dari gangguan syaitan... dapat berbincang tanpa dipengaruhinya.
5.     Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syar'ie, hendaklah segera memberitahu kepada naqib atau naqibah sekurang- kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk:
o                      Melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja.
o                      Supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu.
o                      Supaya dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik.
o                      Supaya makanan yang disediakan oleh tuan rumah tidak berlebihan.
6.     Datang ke majfls dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:"Dan penuhilah perjanjian kerana sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
"(Al-Isra1 : 34)

Perkara ini diperlukan adalah:
o                       Supaya majlis usrah itu berjalan sebagaimana yang dirancang.
o       Berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang lebih besar.
o                       Supaya menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kernudian.
Kegagalan kita berbuat dernikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan di masa akan datang.
7.     Membawa dan menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan di dalam majlis usrah seperti Al-Quran, teks usrah, buku-buku catitan, Al-Mathurat (jika perlu) dan lain-lain yang diperlukan. Ini kerana;
o                       Supaya majlis usrah berjalan dengan lancar.
o                       Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.
8.     Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwwah dan berkasih sayang kepada Allah. Maksudnya:"Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari Qiamat "Manakah orang-orangyang saling cinta mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri. '1[Mus"lim)
9.     Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain... kecuali perkara yang rahsia. Maksudnya: "Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan haginya suatu jalan untuk menuju ke syurga. " (Muslim)

10.   Duduk dengan bersopan santun kerana majlis itu adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para Malaikat. Sabda Rasulullah s.a'.w.: Maksudnya: "... dari Abu Hurairah r.a. dan Abu Said r.a. katanya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan di kelilingi oleh para Malaikat dan ditutupi oleh kerahmatan sertu turunlah
kepada mereka itu ketenangan di dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhlukyang ada di sisinya yakni disebut-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat."
11. Mendahului majlis dengan membaca Al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maksudnya : "Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tiada sesuatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka itu tidak berzikir kepada Allah Taala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyiksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan mereka." Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa hadith ini adalah hadith hasan.
12.        Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahami, mencatit dan mengingati dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain. Maksudnya: "Dari Abu Bakrah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan) orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikan. "(Bukhari dan Muslim)
13.   Memohon penjelasan-atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah.
o                     Supaya tidak mengganggu perjalanan majlis.
o                     Supaya ada sikap menghormati naqib atau naqibah.
14.   Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran
yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Ini adalah kerana :
o                       Supaya tidak mengganggu perjalanan majlis.
o                       Supaya tidak.menghilangkan penumpuan anggota usrah yang lain.
o                       Kadang-kadang naqib atau sahabat yang sedang bercakap akan kehilangan apa yang hendak disampaikan
apabila dicelah ketika dia sedang bercakap.        
15.   Jangan mengangkat suara tinggi lebih dari keperluan pendengar.  Ini adalah perkara yang dilarang olch Allah Taala
sebagaimana firrnanNya : Maksudnya :"Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.
Sesungguhnya seburuk-
buruk suara ialah suara kaldai. " (Luqman : 19)
*
16.     Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu bersifat tenang dan serius. Maksudnya:"Dari Anas r.a. katanya: "Nabi s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidakpeinah mendengar suatu khutbahyang saya tidakpemah
mendengar suatu khutbah pun seperti itii kerana amat menakutkan. Beliau s.a.w. bersabda: "Andaikata cngkau semua dapat mengetahui
apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan
banyak menangis." Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi wajah masing-masing sambil terdengar suara esakkannya.
(Mutaffaq 'alaih)

17.     Jangan banyak bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam
serflua perkara:
Ini adalah kerana:

o                     Supaya hendaklah bergurau di dalam perkara yang benar sahaja.
o                     Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar mcnjadi majlis jenaka, gurau senda atau gelak ketawa.

o                     Banyak bergurau^kan menjadikan majlis usrah kurang bermanfaat.
18.     Jangan mempersoalkan atau mempertikaikan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syara':

^AateuAnyz'." Sesungguhnya binasa umatsebelum kamu kerana mereka banyak menyoal(yang tidak berfaedah) dan mereka suka mcnyalahi
Nabi-nabi mereka. YMutaffaq 'alaih)

19.     Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana sesuatu keperluan. Ini adalah kerana.
o     Keluar dari majlis tanpa izin adalah perangai orang munafiq. (An-Nur : 62)
20. Jangan sekali-kali bertengkar kerana ia akan merenggangkan ukhuwwah : Sebabnya :
o     Sedangkan di antara matlamat usrah ialah untuk memupuk ukhuwwah.
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang muhnin adalah bersaudara, kerana itu ddmaikanlah antara kedua saudaramu.. " (AJ-Hujuraat : 10)

21.  Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali sahabat-sahabat satu usrah.

22.  Akhiri majlis dengan membaca Tasbih KafFarah dan surah Al-'Ashr secara sedar dan memahami serta menghayati maknanya. 

Maksudnya: "Dari Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisannya jikalau beliau s.a.w. hendik
berdiri dari majlis yang ertinya:   "Mahc  Suci Engkau ya Allah dan saya mengucapkan puji-pujian pada Mu.   Saya mcnyaksikan
bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau, saya mohon ampuh seria~BerTaubatpd'ddMu'" Kerhudiah~~ada sebrdng lelaki berkata: "Ya
Rasulullah! Sesungguhnya Tuhan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pemah Tuan ucapkar. sebelum ini.  "Beliau s.a.w. bersabda:
"Yang demikian itu adalah sebagai kaffarah (penebus) dari apa saja yakni kekurangan-kckurangan atau kesalahan-kesalahan -yang ada di
dalam majlis itu. "

23.  Bcrsalam dan saling bermaaf-maafan selepas selesai majlis Maksudnya:"... dan orang-orang yang menahan ma.ra.hnya Sc-rta
memaa/kan (kesalahan) orang dan Allah menyukai orang-orangyang berbuat demikian.
(Ali Imran : 134)

24.                   Terus pulang"apabila selesai majh's kecuali ada keperluan yang penting.-Iniadalah kerana:
o    Memberi peluang kepada tuan rumah untuk berkemas.
o                      Mungkin tuan rumah letih dan hendak segera berehat atau dia ada urusan lain.
25.  Merahsiakan setiap perbincangan, maldumat atau arahan yang telah diputuskan tentang sesuatu perkara itu sebagai rahsia
atau setiap perkara yang dikirakan tidak patut untuk disebarkan.

PENTADBIRAN USRAII

Setiap naqib hendaklah rnemastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah.

DaJam hubungan ini, isi usrah hendakJah jangan dijumudkan hanya kepada pembacaan teks dan hafalan tetapi dipelbagaikan bertepatan dengan ciri tarbiyah kita yang mempertekankan segenap aspek Islam itu sendiri.

Kepelbagaian ini boleh dibuat dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), nadhah (sukan), majlis qiamullail
dan sebagainya.            
                                            9
Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyah yang lain dan di antara ciri-ciri tersebut ialah:

1. Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.

2.Merangkumi keseluruhan ahli samada pengikut, pekerja mahupun pimpinan. Ini adalah untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas dari program tarbiyah.

3. Mempunyai perancangan (al-takhtit) yang rapi dalam semua sudut. 4.K.esungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqaba' mahu pun ahli.

5.Di antara ciri-ciri keberkesanan sesuani usrah itu akan dapat dilihat bila persoalan ini ditanya dan dapat dijawab dengan sempuma mungkin:

a.Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam ?

b.Sejauh mana pula konsep al-ta'awun (bekerjasama) di kalangan paia ahli dalam membanru proses penghayatan Islam ?

c.Sejauh mana ikatan dibentuk dan sejauhmana pula pelaksanaannya dalam bentuk amalan ?
PERANAN NUQABA'3

"Naqib adalah tcrasjemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pengaliran qiadah, dan membuat keputusan
(qarar)" - Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96

Pengertian nuqaba' berasai dari kata asal  نقب علي القوم- نقابة maknanya
ertinya : seorang yang mengurus dan mengendalikan urusan masyarakat.4 Firman Allah Taala : Al-Maidah : 12
Perkataan naqib maknanya ertinya : Pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab tentang urusan mereka. •

Naqib di dalam Harakah Islamiah bermaksud : seorang ahii jamaah yang mempunyai kelayakan thaqafah, khasais dan iltizamat yang mantap dan diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiyah anli-ahli jamaah mengikut wasilah-wasilah tertentu (umum dan khusus).

As-Sheikh Sa'id HavAva membahagikan ahli jamaah kepada empar peringkat :5
.Pertama Kcdua Ketiga Kecmpat

>NUQABA’/NAQIBAT DALAM KACAMATA ISLAM

Nuqaba' / Naqibat merupakan tenaga penggerak yang amat penting dalam jamaah, sebab itu jamaah tidak akan memiliki kekuatan sekiranya berlaku kepincangan   di dalam institusi nuqaba'. Jamaah akan menghadapai persolan : Bagaimana ahli dapat dipimpin arah perjuangan ? Bagaimanakah ahli-ahli dapat ditarbiyah rohani, jasmani dan thaqafah mcreka? Seterusnya jamaah akan menghadapi kesukaran-kesukaran untuk menyerahkan mandat-mandat penting dalam mengendalikan tugas-tugas jamaah. Semua persoalan dan kesukaran itu tidak akan terjawab selama mana tidak adanya di dalam saf jamaah suatu barisan tenaga nuqaba' yang mempunyai kelayakan dan persediaan yang cukup.'
Untuk mengatasi persoalan-persoalan beginilah maka usaha yang bersungguh-sungguh mesti dilakukan oleh jamaah untuk melahirkan tenaga nuqaba' yang baik. Dengan itu dapat menjamin kelahiran ahli jamaah yang berkualiti. Itulah secara ringkas gambaran tentang kepentingan para nuqaba' / naqibat dalam sebuah jamaah Islam.
Seterusnya perlu digambarkan di sini tentang kedudukan para nuqaba' di dalam saf jamaah, supaya kita semua mendapat tasawwur yang sejelas-jelas'nya tentang tanggugjawab dan peranan masing-masing. Naqib di dalam kacamata jamaah Islam merupakan sepohon pokok yang'baik dan berguna kepada manusia dan alam seluruhnya sebagairnana firman Allah Taala (Ibrahim : 24). Ini bererti iiistitusi Nuqaba'/ Naqibat adalah meiupakan pokok-pokok yang tersebut yang menmghiasi taman gerakan Islam. Untuk menghasHkan kekuatan dan keutuhan jamaah maka setiap pokok itu hendaklah dirangkai dengan pokok-pokok yang lain dengan ikatan-ikatan berikut:

>                    Ikatan iman dan amal
>                    Ikatan ukhuwwah dan mahabbah.
>                    Ikatan saling hormat-menghormati
>       4                    Ikatan kerjasama dan jihad
>                    Ikatan syura
>                    Ikatan taaruf, tafahum dan takaful
>                    Ikatan perasaan.

Setelah memahami kedudukan instiaisi nuqaba', maka para Nuqaba' / Naqibat adaJah bertanggungjawab sebagai:

1)               Madrasah-madrasah kccil (usrah atau medan indoktrin 'school of thought' jemaah) kepada jamaah bagi menyalurkan
ilrnu dan tarbiah kepada ahli-ahli mengikut manhaj / muqarrar yang ditentukan oleh jarnaah.

2)       Motrsyid, tempat rujuk dan bemaung kepada ahli-ahli jamaah dalam melicinkan perjalanan hidup mereka.

3)       Cermin dan tempat mengukur kekuatan dan kernantapan jamaah dan ahli-ahli. Sekiranya Nuqaba'/ Naqibat lemah, maka
kita dapat bayangkan realid jamaah dan ahli-ahli.

4)       Benteng pertama dan golongan teras first-liner (al-Qaedak as-Sulbati) kepada jamaah dalam mempertahankan kekuatan
darLserangan dan tekanan-tekanan musuh dari luar.

5)       Tentera-tcntera jamaah yang bertanggungjawab mengawal keselamatan sempadan jamaah dari dicerobohi oleh syaitan
dan musuh-musuh.

6)       Pengawal-pcngawal  yang bckcrja mengawal  keselamatan dalaman jamaah  dari  sebrang anasir-anasir yang boleh
menghuru-harakan kestabilan organisasi dan ahli-ahli atau pergerakan dalaman jamaah.

CIRI-CIRI ASAS PARA NUQABA' DAN NAQIBAT

Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri-asas.-para. Nuqaba' ialah ^.Ciri-ciri yang perlu dimilik oleh para Nuqaba' dan Naqibat bagi menjamin suatu pengendalian usrah yang sempurna kian berkesan, seterusnnya menjayakan peranan mereka sebagai Nuqaba' di luar usrah.

Ciri-ciri Murabbi :          
                    
Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat din kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melauh, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu meiriikui amanah perjuangan di seinua pcringkat. Para Murafabi adalah"orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Alaah Taala.

CIRIKEDUA

Ciri-ciri fara a<au mu'alim :

Naqib adalah seorang mu'alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.
Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba' dan Naqibat hendaklah mendalamkan pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.

No comments:

Post a Comment