BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 18, 2010

Membangunlah penuh makna

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..Untuk mewujudkan terbangunnya Islam dan diri kita sepertimana yang dicita2kan memang dikehendaki keseriusan dari kita semua,kaum muslimin dan muslimat.Meskipun yang masih remaja,bukan bererti tidak boleh serius.

Justeru,seharusnya masa remaja kita digunakan untuk mengasah dan mempertajamkan kemampuan berfikir kita.Lebih khusus lagi kemampuan untuk berfikir Islamik.Ada beberapa bahagian yang boleh kita jadikan sebagai jalan untuk kita meniti kebangkitan yang hakiki.Yang jelas,setiap muslim wajib menyedari tugasnya sebagai pembawa risalah yang mewakili agama.

Resapi dan hayatilah firman Allah ini.mafhumnya: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,mengerjakan amal soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang2 yang berserah diri". (Surah Fussilat,ayat 33)

"Serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik,dan bantahlah mereka dengan cara yang baik". (Surah An-nahl,ayat125)

Percayalah sahabat dan sahabiah semua,Islam tidak sekadar mengatur urusan solat,zakat, dan puasa saja,tetapi sekali gus menangani masalah ekonomi,politik,pendidikan,perundangan, pemerintahan dan sebagainya.

Kita berkewajipan berjuang menegakkan Islam.KIta mesti melakukan hubungan pemikiran dengan masyarakat,tidak hanya berdiam dan bingung.Sebarkan idea2 islami kepada yang tidak mengetahui.Selanjutnya,kita mesti berani melakukan sira'ul fikri (pertarungan pemikiran) dengan berbagai idea sesat yang ada dalam masyarakat.Untuk yang satu ini,bekal agama dan ilmu pengetahuan kita tentang dunia mesti banyak dan memadai.Agar kita tidak di cop sebagai cendekiawan yang berlumut atau aktivis yang tidak agamis pula.Biarlah kita boleh berpendapat bebas dengan landasan agama yang kuat dan pengetahuan yang luas.

Meskipun begitu,jangan anda lupa,kita wajib selalu memperbaharui perkembangan yang terjadi di masyarakat dan memberikan resolusi dengan ajaran Islam.Kita perlu menunjukkan kelemahan dan kepalsuan sistem kufur yang sedang mengatur kehidupan masyarakat kita hari ini dan menyedarkan bahawa selama ini ternyata hidup kita bukan dalam lingkungan yang islamik.Itu sebabnya kita mengajak kaum muslimin untuk berjuang melanjutkan kehidupan islam.

Sekali lagi,semua itu tidak mungkin dilakukan seorang diri,tetapi mestilah secara berjemaah.Bermain bola sepak pun tidak boleh sendirian bukan?

Sekadar gambar hiasan

"wahai orang2 yang beriman,bersiap sedialah kamu,dan maralah (menuju ke medan pertempuran) secara berkelompok2,atau majulah bersama2!" (Surah An nisa,ayat 71)

Info daripada CUBA TRY CINTA ISLAM.
Renung2kan! :)

Saturday, April 17, 2010

ISU SEMASA


Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu usaha untuk menaik taraf Darul Quran terus digiatkan supaya dapat dijadikan sebuah kolej universiti atau universiti dalam tempoh beberapa tahun lagi.Timbalan Perdana Menteri berkata, perancangan ke arah itu telah dimulakan oleh Darul Quran yang menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk melahirkan pelajar peringkat ijazah pertama.

Beliau berkata, perkara itu dapat dicapai dengan syarat tenaga pengajar Darul Quran perlu melengkapkan diri mereka dengan kelulusan peringkat ijazah sarjana atau doktor falsafah (PhD).Katanya, dengan cara itu Darul Quran dapat diangkat sebagai institusi pengajian al-Quran terulung di negara ini."Saya juga bersama dengan saudara berkongsi hasrat dalam tempoh tak berapa lama lagi Darul Quran dapat diiktiraf sebagai kolej universiti atau universiti.Saya yakin perancangan ini sudah dimulakan dan harus ditingkatkan lagi seberapa segera yang boleh," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ramah Mesra bersama warga Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Pengetua Darul Quran, Che Ibrahim Che Man.

Pada masa ini, Darul Quran menawarkan program Diploma Tahfiz al-Quran untuk tempoh pengajian enam semester atau tiga tahun, manakala pelajar yang layak akan dipertimbangkan untuk pemberian biasiswa.Sementara itu, Muhyiddin mencadangkan supaya Darul Quran turut memperkenalkan bidang ilmu lain di samping bidang pengajian al-Quran sebagai terasnya.

Dengan cara itu, katanya, para pelajar yang menamatkan pengajian bukan sahaja menjadi pakar al-Quran bahkan turut mempunyai kepakaran dalam bidang profesional.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin menasihatkan pelajar Darul Quran tidak mempersia-siakan peluang untuk belajar secara percuma di institusi itu."Ini kerana kerajaan memperuntukkan RM12 juta setahun untuk menampung kos operasi Darul Quran, manakala untuk tujuan biasiswa pula sebanyak RM3 juta," katanya.

Wednesday, April 14, 2010

MENUJU ISLAM INKLUSIF

Alhamdulillah,saya masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk menulis dan mencoret sesuatu di blog ini walaupun beberapa hari ini terdapat sedikit gangguan.Namun ianya tidaklah mematahkan semangat saya untuk terus menulis dan menyampaikan apa yang sepatutnya saya sampaikan.Saya ingin berkongsi satu artikel yang saya baca secara online tadi. Tajuknya?? Menuju islam inklusif....
Para pemimpin Islam sering menyatakan bahawa Islam adalah agama toleran, yang menghormati dan menghargai agama-agama lain. Begitu juga pemimpin agama lain turut menyatakan hal yang sama bahawa agama mereka juga mempunyai sikap toleran yang tinggi. Namun, dalam realiti kehidupan, ia menunjukkan betapa konflik umat manusia sama ada konflik etnik, konflik politik-sosial-ekonomi dan keganasan global sering terjadi atas nama agama. Misalnya, lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan di bahagian dunia lain. Apakah ajaran agama-agama itu menuntut sikap dan tindakan sedemikian rupa daripada penganutnya? Apakah penghayatan agama yang mendalam akan melahirkan tindakan keras daripada penganutnya? Tentu sekali jawapannya tidak! Namun, realiti menunjukkan kekerasan sering berlaku atas nama agama sehingga melahirkan sikap eksklusif atau satu sikap bahawa hanya agama aku yang benar atau jaminan keselamatan hanya diperoleh dalam agamanya. Maka, akan ditafsirkan berbagai ayat-ayat suci untuk mengabsahkan tuntutan kebenaran itu.

Seorang pemikir Islam tersohor Indonesia, Nurcholis Madjid dalam bukunya, Dialog Keterbukaan, menjelaskan bahawa daripada sudut ajaran Islam, kerukunan umat beragama merupakan akibat wajar daripada sistem keimanannya. Nabi Muhammad s.a.w diperintahkan oleh Allah untuk menegaskan bahawa beliau bukan pertama dalam kalangan utusan Allah (dalam Surah al-Ahqaf, ayat 46). Juga ditegaskan bahawa Nabi Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, yang sebelumnya telah datang rasul-rasul lain (dalam Surah Ali Imran, ayat 144). Oleh kerana itu, Nabi Muhammad s.a.w juga menegaskan bahawa agama para rasul itu semuanya adalah satu dan sama, sekali pun syariatnya berbeza-beza.

Kesatuan agama para nabi dan rasul itu, sebagaimana disebut dalam al-Quran, adalah kerana semuanya berasal daripada pesanan satu ajaran Allah (dalam Surah Ass Syuura, ayat 13). Jadi, sudah seharusnya kita menghormati 'keberadaan' agama-agama itu tanpa membeza-bezakannya. Justeru, perasaan berat untuk bersatu dalam agama itu disebutkan sebagai sikap kaum musyrik, penyembah berhala (kaum Pagan). Sedangkan perbezaan antara berbagai agama itu hanyalah dalam bentuk jalan (syariah) dan cara (minhaj) menempuh jalan itu. Perbezaan tersebut hendaknya tidak menjadi halangan, tetapi menjadi satu motivasi untuk berlumba-lumba menuju kebaikan. Manusia tidak perlu mempersoalkan perbezaan itu, sebab kelak di hari kemudian, Allah akan menjelaskan tentang semua itu (dalam Surah al-Maaidah, ayat 48).

Kalaulah ini seruan universal al-Quran, mengapa penafsiran agama itu harus bersifat begitu dogmatik dan doktrin atau ia dikatakan menyangkut hal-hal akidah sehingga tidak lagi perlu dibicarakan dan sehingga terkesan teologi dan agama sebagai sesuatu yang tertutup dan eksklusif. Memang, dalam sejarah telah lama berkembang doktrin mengenai eksklusif agama sendiri bahawa 'agama sayalah yang paling benar', agama lain sesat dan menyesatkan. Pandangan semacam itu masih sangat kental, bahkan sampai sekarang, seperti termuat dalam buku-buku polemik dan juga buku ilmiah.

Rumusan daripada seorang pakar teologi Kristian kontemporari, Ajith Fernando, misalnya, menarik untuk diungkapkan. Katanya, 'other religions are false path, that mislead their followers' (Agama lain adalah jalan sesat, dan menyesatkan pengikutnya). Ungkapan Fernando itu memang sangat keras dan langsung menggambarkan segi eksklusifnya. Dan yang membimbangkan adalah kitab suci Kristian ditafsirkan seolah-olah membenarkan hal tersebut. Teologi inklusif ini, jika dibaca dari sudut pandang Kristian akan berbunyi, "Jesus adalah satu-satunya jalan yang absah untuk kebenaran dan keselamatan. Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku" (Yohannes 14:6). Pandangan eksklusif seperti itu memang dilegitimasikan atau tepatnya dicarikan keabsahannya melalui kitab suci. Tetapi itu bukan satu-satunya kemungkinan. Misalnya, dalam tradisi Katolik, sejak Konsili Vatikan II (1965), sudah jelas bahawa pandangan menjadi sangat terbuka ke arah adanya kebenaran dan keselamatan dalam agama-agama bukan Kristian. Karl Rahner, seorang pakar teologi besar Kristian yang menafsirkan Konsili Vatikan II, merumuskan teologi inklusifnya yang begitu terbuka dengan mengatakan, "Other religions are implicit forms of our own religion" (Agama lain adalah bentuk-bentuk implisit daripada agama kita). Tulisan Rahner mengenai hal itu dibahas dalam bab Christianity and the non-Christian Religions dan Observations on the Problem of the Anonymous Christian dalam bukunya Theological Investigations.

Dalam pemikiran Islam, masalah itu juga terjadi secara ekspresif. Walaupun sejak awal sudah ada konsep Ahli Kitab yang memberi kedudukan kurang lebih setara kepada kelompok bukan Muslim, dan ini dibenarkan oleh al-Quran, tetapi selalu sahaja ada interpretation away, iaitu satu penafsiran yang akhirnya menafsirkan sesuatu yang tidak sesuai lagi dengan bunyi 'teksual' kitab suci, sehingga ayat inklusif dibaca secara eksklusif.

Kembali pada teologi atau agama eksklusif, sebagai umat Islam mahupun umat Kristian dan umat beragama yang lain, semuanya telah mewarisi teologi eksklusif. Disebabkan pandangan itu, mereka menganggap bahawa hanya ada satu jalan keselamatan iaitu agama mereka sendiri. Pandangan itu jelas mempunyai kecenderungan fanatik dan dogmatik. Oleh kerana itu, diperlukan satu perspektif baru untuk melihat "Apa yang difikirkan oleh suatu agama, mengenai agama lain dibandingkan dengan agama sendiri." Perspektif itu akan menentukan apakah seorang yang beragama itu menganut satu fahaman keberagamaan yang eksklusif, inklusif atau pluralis atau seorang yang terbuka?

Dalam konteks umat Islam, perlu dibangunkan sikap Islam inklusif dan bukannya Islam eksklusif. Alwi Shihab, seorang sarjana perbandingan agama di dalam bukunya bertajuk Islam Inklusif, menjelaskan bahawa Islam inklusif adalah satu sikap terbuka dalam beragama. Alwi berhujah dengan ayat al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 62, "Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, dan sesiapa saja di antara mereka beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan tiada pula mereka bersedih hati." Secara sepintas lalu, ayat itu menunjukkan jaminan Allah atas keselamatan semua golongan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Jika demikian halnya, di mana letak keistimewaan umat Islam kalau semuanya akan selamat? Lantas, bagaimana pula dengan ayat al-Quran yang lain seperti yang disebut dalam Surah Ali Imran, ayat 85, "Barang siapa yang mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

Perlu diingatkan bahawa maksud 'dalaman' al-Quran tidak akan dapat dijangkau maksudnya secara 'pasti'. Kerana itu, penafsiran ayat al-Quran tidak lain hanyalah penjelasan tentang erti atau maksud firman Allah sesuai dengan batas kemampuan yang menafsirkannya. Buktinya, para sahabat Nabi sendiri berselisih faham dalam hal-hal yang berkaitan tafsiran. Bahkan ada di antara mereka yang memahaminya secara tidak tepat. Logiklah, ketika Ibnu Abbas, seorang ulama yang dinilai paling berwibawa dalam penafsiran al-Quran, menyatakan bahawa ada beberapa ayat al-Quran yang tidak dapat difahami, sekalipun oleh ulama. Hanya Allah yang mengetahuinya.

Dalam penafsiran moden menurut Alwi, ada berbagai pandangan yang menunjukkan keragaman. Misalnya, Muhammad Abduh berpendapat bahawa syarat pertama iaitu beriman kepada Allah tidak harus dibatasi dengan keimanan menurut cara Islam. Selanjutnya, anak muridnya, Rasyid Ridha, ikut memperkuatkan pendapat gurunya. Ridha mengakui bahawa keimanan sejati kepada Allah dapat ditemukan di luar Islam, mungkin yang ia maksudkan adalah orang-orang terdahulu yang beriman kepada Allah sebelum diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. Manakala ahli tafsir Syiah tersohor, Allamh Al-Thabathabai lain pula penafsirannya. Baginya, Allah tidak memandang pada agama tertentu, tetapi yang penting adalah substance dan esensi tersurat yang terkandung dalam agama itu. Selagi tiga syarat dalam ayat (Surah al-Baqarah, ayat 62) telah dipenuhi, maka janji Tuhan itu akan terlaksana. Pandangan Thabathabai itu juga dijelaskan dalam tulisan Fazlur Rahman, pemikir Islam tersohor, yang berusaha untuk menunjukkan semangat inklusif.

Semangat dan sikap Islam inklusif amat bertepatan dengan rumusan Sidang Agama-Agama Dunia yang pernah diadakan pada 1993 dengan mengatakan, "Those who known only their own religion, know none. Those who are not decisively committed to one faith, know no others. To be religious today is to be inter-religious."

Penulis ingin menutup tulisan ini dengan kutipan daripada ajaran sufi. Para sufi tidak sahaja menegaskan kesatuan wahyu, tetapi juga menganggap diri mereka sebagai pelindung Islam dan pelindung agama-agama lain.Akhirnya dalam semangat inklusif inilah kita menghargai perbezaan. Perbezaan agama harus dikenal dan diolah lebih lanjut kerana perbezaan itu secara potensinya bernilai dan penting bagi setiap umat yang beragama dalam memperkayakan imannya..

Tuesday, April 13, 2010

RaJa zAlim terBunUh di tAngaN rEmaJa

Kisah nabi Daud a.s dilantik menjadi raja merupakan kisah unik yang diceritakan dalam al Quran.Jalut merupakan seorang pemerintah yang sangat zalim dan digeruni,yang suka menindas bani israel,telah dibunuh oleh seorang remaja dengan hanya menggunakan lastik batu.Untuk mengetahui kisah ini,mari kita renungi ayat al Quran mengenai kisah tersebut.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad),tentang kisah ketua2 dari bani israel sesudah wafatnya Nabi Musa,ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka:'lantiklah seorang raja untuk kamu,supaya boleh kami berperang (bersama2 dengannya) pada jalan Allah'.Nabi mereka menjawab:"tidakkah harus,jika kamu kelak diwajibkan berperang,kamu tidak akan berperang?".Mereka berkata:'mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah,sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dari anak2 kami?' Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka,mereka membelakangkan kewajipan itu,kecuali sebahagian kecil daripada mereka.Dan ingatlah,Allah maha mengetahui akan orang yang zalim. (surah al baqarah 2:246)

Di dalam tafsir ibnu kathir menyebut sebahagian besar ahli tafsir mengatakan bahawa kisah tentang nabi yang diceritakan ini adalah Samuel.Ada juga yang mengatakan bahawa dia adalah Sam'un,dan ada juga yang mengatakan bahawa kedua2nya adalah sama.Dikatakan juga oleh mufasir lain bahawa dia ialah seorang lelaki yang bernama Yusya'.Hal ini jauh berbeza daripada apa yang diterangkan oleh Al Imam Abu Jarir dalam kitab sejarahnya yang katanya sebenarnya jarak antara kematian Yusya' dan Samuel adalah selama 460 tahun.Wallauhu'alam..

Adapun yang dimaksudkan dengan kaum yang diserang oleh musuh dan berperang melawan musuh itu,iaitu ketika mereka bertanya kepada nabi Allah itu adalah kaum bani israel.Pada ketika itu mereka mencari seorang raja yang layak untuk mereka taati dalam memimpin peperangan melawan musuh2 mereka.Samuel berkata kepada mereka:"Sekiranya diwajibkan kepada kamu berperang,adakah kamu akan mengikutinya? mereka menjawab:"Mengapa kami tidak mahu berperang dijalan Allah? iaitu apa yang akan menghalangi kami untuk ikut berperang padahal sesungguhnya kami telah diusir dari kampung halaman kami dan anak2 kami".

Seterusnya pada ayat 247,firman Allah bermaksud:Dan nabi mereka pula berkata kepada mereka:"bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu.' Mereka menjawab:'Bagaiman dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya,dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?'. Nabi mereka berkata:'Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu,dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan'. Dan ingatlah,Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas rahmatNya dan pengurniaanNya,lagi meliputi ilmuNya".

Dalam ayat 248 pula,mafhumnya:"dan nabi mereka berkata:'Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa daripada tuhan kamu,dan (berisi) sisa dari peninggalan keluarga Nabi Musa dan Harun,;peti Tabut itu dibawa oleh malaikat.Sesungguhnya kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu,jika betul kamu ornag yang beriman."

Tabut yang disebut Allah taala itu diperbuat daripada emas,biasanya digunakan untuk mencuci dada para nabi.Ada juga yang berpendapat bahawa di dalamnya terdapat ketenangan (sakinah) bagaikan angin yang bertiup sangat kencang.Terdapat juga pendapat bahawa bentuk Tabut itu adalah seperti tongkat yang besar,ketika dalam peperangan,ia boleh memberikan bantuan,maka ini dapat meyakinkan golongan bani israel akan pertolongannya.Adapun maksud ayat Allah s.w.t"Sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun" ialah dengan sisa2 daripada alat penggilingan dan sesuatu kurnia yang turun kepadanya.

"Tabut itu dibawa oleh malaikat" iaitu yang dibawa kepada mereka oleh para malaikat.Kamu melihatnya dengan mata kepala kamu sendiri sebagai bukti dan tanda kebenaran tentang apa yang dikatakannya kepada kamu semua dari kebenaran akan sesuatu penguasaan terhadap raja soleh yang kelak akan memerintah kamu.Kemudian Allah s.w.t berfirman dalam ayat 249:"Kemudian apabila Talut keluar bersama2 tenteranya berkatalah ia:'Sesungguhnya Allah akan menguji kamu denga sebatang sungai,oleh itu sesiapa diantara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia daripada pengikutku,dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku kecuali orang mencedok satu cedokan dengan tangannya."Sesudah diingatkan demikian mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas2nya),kecuali sebahagian kecil daripada mereka".

Ibnu Abbas dan sebahagian besar daripada ahli tafsir mengatakan bahawa sungai itu adalah sungai Al-Ordan.Dikatakan oleh Al-Shadi bahawa jumlah pasukan itu adalah seramai 80ribu orang,yang meminum air sungai dari mereka itu berjumlah 76ribu orang dan hanya 4ribu orang sahaja yang taat kepada Talut.Seterusnya Allah s.w.t berfirman dengan mafhumNya,"Setelah Talut bersama2 orang yang beriman menyeberangi sungai itu,berkatalah orang yang meminum (sepuas2nya)'kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya".Hal ini bererti,bahawa mereka menyatakan bahawa diri mereka semua adalah lemah untuk meneruskan peperangan.Ini disebabkan jumlah pasukan mereka yang kecil dibandingkan dengan pihak lawan.

Dalam ayat seterusnya iaitu,"Berkata pula orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah:'Berapa banyak (yang pernah terjadi),golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah;dan Allah sentiasa bersama orang yang sabar".Iaitu menetapkan pada diri mereka keberanian dan siap siaga dengan kemantapan iman dan keteguhan sabar terhadap para tentera musuh.Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya,mereka berdoa dengan berkata:"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami atas kaum yang kafir dan kata2 orang yang suka berdebat serta mara bahaya penyakit yang mungkin menimpanya".

Firman Allah s.w.t bermaksud:"Oleh sebab itu,mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah,dan Nabi Daud (yang turut serta dalam Talut) membunuh Jalut.Dan sesudah itu Allah memberi kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan,dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.Dan kalaulah Allah tidak menolak sesetengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan sesetengah yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini,akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam".

Diceritakan juga bahawa Jalut mengisytiharkan supaya diadakan perlawanan satu lawan 1.Jalut yang gagah perkasa maju kehadapan mencabar musuh2nya.Cabaran Jalut disambut oleh Daud,seorang yang nampaknya tidak setanding dengan Jalut yang bertubuh besar,kuat dan gagah.Sehinggakan Jalut mengejeknya dengan berkata:"Pergilah kamu,sebab aku tak ingin membunuh budak kecil seperti kamu".Namun Daud menjawab:"Tetapi aku ingin membunuh kamu!"Maka berlakulah pertempuran antara Jalut dengan Daud.Walaupun bertubuh kecil,Daud berjaya menjatuhkan Jalut dengan lemparan batu,sehingga tentera Jalut terkejut dan bertempiaran lari.

Sejak kejadiaan itu,nama Daud menjadi terkenal dalam kalangan bani israel.Selepas kematian Talut,urusan pemerintah dikuasai oleh Daud,yang menjadi raja keatas bani israel.Menurut Al-Shadi,Nabi Daud ketika itu berumur 13tahun.Dalam berhadapan dengan tentera Jalut,Talut menawarkan bahawa sesiapa yang membunuh Jalut,maka dia akan menikahkannya dengan puterinya dan akan membantunya dalam kerajaan.

Didalam pertempuran itu,Nabi Daud melemparkan batu dengan menggunakan lastik ke arah Jalut.Nabi Daud melastik Jalut sebanyak 3x.Ketika mengambil batu untuk kali yang ketiga,Jalut yang datang menghadapi Nabi Daud berkata,"Pulanglah kamu,aku tidak mahu mahu membunuhmu".Namun Nabi Daud menjawab,"Akan tetap akulah yang akan membunuhmu". Maka ketika itulah Nabi Daud mengambil batu yang ke3 dan diletakkannya pada lastik yang berisi 3 batu sekali gus! Kemudian disasarkannya kepada Jalut dengan tepat mengena kepalanya sehingga pecah dan mati disitu.Sejurus itu juga tentera Jalut lari lintang pukang.

Dengan terbunuhnya Jalut di tangan Nabi Daud,maka Talut menepati janjinya untuk menikahkan Nabi Daud dengan puterinya dan menemaninya dalam kerajaan.Semenjak itu,Nabi Daud dicintai dan diagungkan oleh rakyat bani israel..Akhirul kalam,cerita ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif.Lulusan ijazah di Universiti al-Azhar mesir,bidang usuluddin.Ilmu sama dikongsi..