BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 30, 2010

1 MALAYSIA, 1 ISRAEL... SUATU KONSPIRASI????

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

1 MALAYSIA


1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 2 April 2009.

Intipati gagasan 1 Malaysia ini ialah merupakan idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik dan kebudayaan.

1 ISRAEL

Konsep 1 Israel pertama kali di umum dan dimulakan pada 14 oktober 1980 oleh seorang tokoh politik Israel Yitshak Yitzhaky. Ia kemudian diperkukuhkan semula oleh Ehud Barak, pemimpin Parti Buruh Israel dalam kempennya simbolik kepada "PERPADUAN" pada pilihanraya Israel pada 1999 bagi meraih kembali sokongan kepada partinya yang sebelum ini dianggap elit dan bongkak.


Pada 17 mac 2010, Dato' Seri Anuar Ibrahim menerusi ucapannya membahaskan titah ucapan Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat, beliau telah membuat suatu kenyataan mengenai konspirasi antara 1 Malaysia, 1 Israel dengan firma konsultan APCO Worlwide.


APCO Worldwide Consultant


Utusan Malaysia online (19 oktober 2010) Firma Konsultan APCO Worlwide dilantik oleh kerajaan Malaysia sebagai firma perunding bagi membantu kerajaan Malaysia berkomunikasi menerusi media bentuk baru.


Menurut kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim, APCO dipimpin oleh bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat yang mana telah membantu Perdana Menteri Israel Ehud barak mengasaskan slogan 1 Israel.

Friday, October 29, 2010

CERITA BARU

Salam kembali mencoret sesuatu dalam sesawang ini. Ana datang dengan membawa satu kisah yang mana kita boleh kongsi bersama. Insha Allah.

Ramai dalam kalangan orang Kristian dan Yahudi yang sebenarnya berminat dengan Islam. Tetapi Iblis bertindak menghalang mereka memeluk agama Islam. Kata Iblis, "Jangan bertindak terburu-buru.Fikirkan mengenainya sekali lagi secara matang." Iblis terus menerus membisikkan kata-kata itu sehingga mereka akhirnya mati sebelum sempat memeluk agama Islam.

Iblis turut menghalang orang yang berdosa daripada bertaubat.Akhirnya mereka menjadikan nafsu syahwat sebagai matlamat hidup. Kata seorang penyair,"Jangan segera melakukan dosa kerana nafsu berahi dan jangan melengah-lengahkan taubat sehingga kemudian hari."

Ramai orang yang ingin berbuat kebaikan,menangguhkannya dihalang oleh iblis. Kepada orang yang hendak belajar, iblis berbisik, "Tunggu dulu." kepada orang yang hendak mendirikan sembahyang malam, iblis berbisik, "Engkau masih punya banyak waktu."

Iblis sentiasa mendorong manusia supaya bermalas-malasan dan menjadikan amal kebaikan sebagai angan-angan semata-mata.

Orang yang mempunyai semangat harus bertindak berdasarkan semangatnya. Semangat mampu menewaskan angan-angan.Ketika dalam keadaan bersemangat, timbul rasa takut dan bimbang sekiranya apa yang ingin dilakukan tidak dapat dikotakan. Mereka juga sedar masa yang berlalu tidak kembali.

Orang yang hendak melakukan kebaikan, terhalang melakukannya kerana panjang angan-angan. Pada masa yang sama, manusia membisikkan pula supaya melakukan kejahatan. Akhirnya mereka terus menerus berkeadaan begitu.

Orang yang panjang angan-angan suka membuat andaian. Contohnya, mereka berkata,"Sekiranya saya dapat rezeki lebih, saya akan bersedekah." Percakapan sebegitu tidak ada faedah. Anatara generasi awal islam, ada yang berkata," Saya ingatkan kalian mengenai bahaya membuat andaian, kerana membuat andaian itu adalah pasukan iblis paling besar."

Perbandingan antara orang yang panjang angan-angan dengan yang berwaspada, ibarat orang yang hendak berjalan jauh itu. Sebaliknya, orang yang panjang angan-angan menangguhkan persiapan sehingga akhirnya gagal membawa bekalan secukupnya dan menghadapi masalah dalam perjalanan.

Begitulah perumpamaan manusia di dunia. Ada yang sedar dan berwaspada, ada yang terpedaya dan panjang angan-angan. Manusia yang berwaspada tidak cemas apabila kematian menghampirinya. Manusia yang panjang angan-angan sebaliknya berasa takut dan kesal.

Kami memohon keselamatan kepada Allah daripada tipu daya dan pujukan syaitan, kejahatan jiwa dan dunia. Sesungguhnya Allah Maha Dekat dan Maha Mengkabulkan Doa. Semoga Allah menjadikan kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang beriman.... Ameen..:-)