BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 30, 2010

Jom cuba yang ini!



Tips eratkan persahabatan
Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.

1. KESABARAN Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percayamempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.
7. SALING MEMAAFKAN Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?

11. AMBIL BERAT Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satupengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.

"AKU MENCINTAI SAHABATKU DGN SEGENAP JIWA KU..SAHABAT YG BAIK ADALAH SEIRING DGN KU&MENJAGA NAMA BAIK KU SAMADA AKU HIDUP ATAU SELEPAS MATI..KUHULURKAN TANGAN KPD SAHABTAKU UTK BERKENALAN KRN AKU AKAN MERASA SENANG,SEMAKIN RAMAI SAHABAT SEMAKIN AKU PERCAYAKAN DIRI..AKU SELALU BERHARAP MENDAPAT SAHABAT SEJATI YG X LUNTUR BAIKNYA DALAM SUKA DAN DUKA,,JIKA AKU DAPAT AKU INGIN SETIA PADANYA" (IMAM SYAFIE R.A)

Friday, May 28, 2010

Dajjal the false Messiah


Tasik Gallilee

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” (sungai Tabarah @ Tasik Gallilee) Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam






Sunday, May 16, 2010

Ciri2 peribadi muslim


Salam mahabbah buat semua yang sudi berkunjung di blog ini..

Dulu,semasa saya masih lagi bersekolah,ustaz selalu pesan tentang akhlak dan peribadi kita sebagai seorang muslim.Ustaz beritahu lagi,ada 10 ciri2 peribadi muslim yang mesti saya tahu dan contohi..

Anda semua nak tahu?? Jom lihat di bawah.


1)Salimul aqidah (akidah yang sejahtera)
2)Sohihul ibadah (ibadah yang benar)
3)Matinul khuluq (akhlak yang kukuh)
4)Qowiyul jismi (kekuatan jasmani)
5)Mutsaqqoful fikri (intelek dalam berfikir)
6)Mujahadatun linafsi (berjuang melawan hawa nafsu)
7)Harisun 'ala waqtihi (menjaga waktu)
8)Munazzamantun fi shu'unih (teratur urusan)
9)Qodirun 'alal kasbi (memiliki daya usaha sendiri)
10)Naafi'un lighoirihi (memberi manfaat kepada orang lain)

Inilah dia diantara ciri2 yang mesti kita terapkan dalam sahsiah..Jangan lupa ya.10 ciri2 ini juga hasil daripada pemikiran tokoh besar Imam Hasan Al-Banna..
Mari sama2 kita cuba lakukan.Akhlak mulia pemangkin generasi cemerlang..

Wasalam..

Monday, May 10, 2010

The Arrival part:05

The Arrival part:01

The Arrival

Tuesday, May 4, 2010

INILAH HARI KEPUNYAAN ANDA… (Petikan dari buku JANGAN BERSEDIH)


Apabila anda berpagi-pagi maka janganlah menuggu hari petang. Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang sudah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan hari esok yang belum tentu dating.hari yang ketika ini menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, inilah hari anda…

Bukan mustahil hidup ada tinggal sehari sahaja lagi-hari ini. Maka anggaplah masa hidup anda hari ini sahaja atau seolah-olah anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup anda tidak akan koyak rabak diantara gumpalan keresahan, kesedihan dan suka-duka serta pedih luka parut masa lalu dengan bayangan hantu masa depan yang penuh keraguan dan menakutkan.

Oleh itu, sudah sepatutnya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan kerja kuat anda pada waktu ini dan untuk hari ini. Dan pada hari inilah anda perlu berazam mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk, bacaan al-Quran yang paling tartil dan penuh renungan, berzikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalan segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dan keredhaan dengan semua yang ALLAH berikan, perhatian terhadap keadaan sekeliling, mengambil berat terhadap kesihatan jiwa dan raga, serta berbuat baik sesama manusia.

Jadi sudah sepatutnya anda pada hari ini lebih bijak dan pandai membahagikan waktu anda dengan lebih baikjadikanlah tiap-tiap minitnya sebagai ribuan tahun dan setiap saatnya sebagai ribuan bulan. Tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini dan persembahkanlah sesuatu yang palingindah untuknya. Beristighfarlah atas semua dosa, ingatlah sentiasa kepada-Nya dan bersiap-siaplah untuk satu perjalanan jauh menuju akhirat, dan nikmatilah hari ini dengan segala kerianagn dan kebahagiaan. Terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu, dan jawatan anda hari ini dengan penuh keredhaan….

“Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur” (Surah Al-A’raf: 144)

Sunday, May 2, 2010

Dakwah dan kefahaman

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam tautan buat semua.Maaf kerana sudah seminggu blog ni tidak di update.Untuk post kali ni saya nak kongsi sedikit info yang saya baca mengenai tajuk yang saya tulis diatas. =)

Tahukah kalian tentang dakwah? Dakwah sebenarnya boleh berlaku di mana sahaja,kepada siapa ia ditujukan,dan kemana sahaja ianya dihalakan.Dakwah bukanlah satu trend.Bukan juga barang pakai buang.Dakwah dan isinya tetap sama dan tidak berubah dari datangya Nabi Muhammad s.a.w hingga ke hari ini meskipun terdapat revolusi dan method penyampainnya.Kepelbagaian ini perlu diraikan dan dimestikan,sesuai dengan peredaran dan kehendak zaman.

Bagi mereka yang sudah ataupun baru berjinak dengan alam dakwah,mereka perlu meletakkan kefahaman dalam diri mereka bahawa dakwah bukanlah suatu paksaan atau tekanan.Kefahaman terhadap dakwah perlu jelas bagi setiap pemikulnya.Dakwah bukan seperti menjual barang sebagaimana ada sesetengah peniaga yang memaksa pegguna untuk membelinya walaupun dengan cara yang salah.Kefahaman yang salah tentang konsep dakwah,juga tarbiah hanya menyebabkan manusia akan jadi lebih jauh daripadanya.

Wallahua'lam..