BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 19, 2010

Aqidah dan Syahadah

1.Muqaddimah
Kisah keimanan Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud merupakan diantara tauladan yang wajar diamati tatkala membincangkan soal aqidah, Tauhid, Syahadah dan hal-hal lain berkaitan. Ashabulkahfi merupakan segolongan pemuda yang beriman dengan Allah SWT. Mereka berpegang dengan Aqidah yang betul bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Iltizam dan kuatnya pegangan terbukti apabila mereka dihadapkan kepada raja mereka yang zalim. Demi mempertahankan Aqidah yang suci ini, mereka terpaksa menyembunyikan diri mereka ke dalam gua. Lari bukan kerana takut, tetapi demi Aqidah yang ingin dipertahankan. Kisah Ashabul Ukhdud pula menceritakan tentang segolongan pembesar negeri yang kejam terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah. Mereka menggali parit dan menyalakan api sehingga seluruh parit mara dengan api. Mereka melakukan pembunuhan kejam terhadap orang-orang yang beriman dengan mencampakkan mereka ke dalam api dan menyaksikan pembunuhan itu dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Orang-orang beriman yang dibakar itu tidak melakukan apa-apa dosa kepada mereka kecuali beriman kepada Allah SWT.

2.Pengertian Aqidah
Bahasa:lafaz aqidah berasal daripada kalimah(     ) yang bermaksud ikatan atau simpulan atau janji yang kuat.Diumpakan tali yang ada ikatan atau simpulan memudahkan tangan berpaut.Manakala bagi haiwan,ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dalam keadaan aman.Haiwan yang buas tidak akan jinak tanpa ikatan dan pasti ia akan membawa masalah kepada kehidupan yang lain.Begitu juga dengan manusia,mereka memerlukan ikatan yang dapat  menjamin keharmonian manusia di dunia dan akhirat.

Istilah:Aqidah ialah kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaaan.Juga membawa erti bersungguh-sungguh dan berpegang dengan Al Quran dan As sunnah dan melaksanakannya dalam kehidupan

“Tidak ada paksaan didalam (memeluk) agama (Islam) kerana sesungguhnya telah jelas kebenaran (Islam) daripada kesesatan(kufur). Oleh itu barang siapa yang ingkar kepada Thoghut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhua ia telah berpegang kepada simpulan (tali Allah) yang teguh, yang tiadak putus. Dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” Al Baqarah:256

Aqidah adalah suatu perkara yang ditetapkan malah wajib bagi pegangan Aqidah itu disertakan dengan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarang syak merupakan suatu keraguan (Dzan) dan bukan Aqidah
Dalilnya:










Kepentingan Aqidah
Aqidah merupakan perkara yang amat penting kepada manusia. Tanpa Aqidah, manusia akan kehilangan arah tujuan. Hanya Aqidah yang Sahihah sahaja yang dapat menjawab persoalan yang sering berlegar dalam pemikiran manusia seperti:
·        Dari mana asal-usulnya?
·        Siapakah penciptanya?
·        Apakah tujuan alam diciptakan?
·        Apakah kehidupan lain selepas kehidupan dunia?
·        Bagaimana bentuk kehidupan tersebut?
·        Dan lain-lain lagi

Dalam menghadapi persoalan-persoalan seperti di atas, maka tujuan Aqidah Islam yang terpenting sekali adalah mengajak manusia kepada Tauhid
Di dalam Islam, Iman yang berlandaskan Aqidah adalah menjadi asas sesuatu amalan, dimana amalan seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah kecuali ianya dilakukan oleh orang beriman berlandaskan kepada aqihah yang sahih

Justeru, mereka yang tidak beriman kepada Allah dan tidak mengharapkan pahala dari-Nya serta beramal bukan kerana menuntut keredaan Allah tidak berhak mendapat pahala dari Allah diatas amalan yang dilakukan. Maka mereka yang tidak beriman ini akan diseksa disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka.Firman Allah SWT:




Unsur-unsur pembentukan aqidah
Secara umumnya,unsur-unnsur dakam pembentukan aqidah dapat disimpulkan melalui rukun iman:
Beriman kepada Allah,malaikat,Rasul,kitab,Hari kiamat,qada dan qadar.

Beriman kepada Allah diasaskan kepada 3 perkara,tauhid Uluhiyyah, tauhid Rububiyyah dan tauhid Asma’ wa ssifat. Tauhid Rububiyyah ialah beriman kepada Allah sahaja yang menjadi dan menciptakan semua makhluk. Allah sahaja yang menghidupkan dan mematikan dan bersifat dengan sifat ketuhanan yang layak bagi Allah. Tauhid Uluhiyah ialah beriman bahawa Allah sahaja yang layak disembah dan dipuja dengan sebenarnya dan menafikan penyembahan selain Allah. Tauhid Asma’ wa sifat ialah beriman bahawa Allah mempunyai 99 nama yang baik dan bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna

Beriman kepada malaikat ialah beriman dengan penuh keyakinan tentang adanya makhluk yang bernama malaikat yang dijadikan daripada nur. Tidak diketahui bilangannya kecuali allah dan yang wajib diketahui hanyalah sepuluh.

Beriman kepada rasul ialah beriman dengan sekalian  rasul sebagai utusaqn allah untuk mengajar umat manusia akan hukum-hukumNya. Bilangan mereka banyak dan yang wajib diketahui hanyalah 25.

Beriman kepada kitab ialah beriman bahawa Allah telah menurunkan sebanyak 104 buah kitab-kitab kepada Rasul-rasul-Nya. Diantaranya ialah: taurat kepada nabi Musa AS, Zabur kepada nabi Daud AS, Injil kepada nabi Isa AS dan al-Quran kepada nabi Muhammad SAW. Al-Quran telah menasakhkan (mansuh) semua kitab-kitab terdahulu.

Beriman kepada hari Qiamat ialah beriman bahawa selepas hidup di dunia ini terdapat pula hidup yang lain dimana Allah akan menghidupkan semula semua manusia untuk dihisab dan menerima balasan

Beriman kepada Qada’ dan Qadar ialah beriman bahawa segala sesuatu yang berlaku di alam ini adalah dilakukan oleh Allah dan dengan Qada’ dan Qadar-Nya. Manusia hanya bertanggungjawab mengenai kerja, usaha dan iktiar sahaja.

Perbezaan Aqidah dan ideologi
Aqidah bermaksud simpulan atau ikatan atau hubungan seorang hamba dan Allah SWT. Hubungan ini disimpulkan melalui kalimah Syahadah. Aqidah adalah berdasarkan Wahyu dan ianya bersifat tetap, yang berubah hanyalah Syariat. Aqidah mempunyai daya untuk menggerakkan daya dan usaha yang menepati Aqidah tersebut. Ia mempunyai tarikan yang bersifat ghaib disebalik alam nyata

Ideologi/Idea/Teori/isme pula bermaksud fahaman yang mana ianya dicipta untuk mengatasi kelemahan sistem yang ada. Contoh ideologi yang wujud adalah seperti kapitalisme(fahaman ekonomi), Liberalisme(persamaan hak), Nasionalisme(kebangsaan), Sekularisme(pemisaan agama dengan keduniaan), Sosialisme(kemasyarakatan), dan lain-lain. Semua fahaman inidatangnya daripada akal dan tidak berkaitan dengan Wahyu. Ideologi/Teori/Isme ini bersifat dingin dan beku. Ia tidak menghasilkan pendirian yang teguh dan mantap. Ia lebih kepada angan-angan nafsu dan kebendaan.

Aqidah dan pembentuk peribadi

Pengaruh Aqidah dalam mendidik hati nurani: di dalam Islam, Aqidah telah mendidik hati nurani dengan didikan yang sempurna. Hati inilah yang bertindak sebagai pengawas dalam apa jua tindakan dan kegiatan. Aqidah yang terpasak di dalam jiwa seorang mukmin akan menjadikan segala tindakan dan amalannnya seolah-olah Allah berada di hadapan mata, menyaksikan tindak tanduknya. Kesannya, seorang mukmin akan melakukan perkara yang disukai Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang Allah.

Pengaruh aqidah terhadap amal perbuatan:  Perkataan amal dalam Islam berkait rapat engan perkataan ilmu, orang yang berilmu hendaklah beramal. Pengertian amal dalam Islam sangat luas. Setiap gerakan positif yang didorong pleh aqidah atau yang digalakkan oleh Islam adalah amal. Setiap amal atau perbuatan yang dilakukan mestilah ada hubungan hati dengan Allah, memikirkan apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak.
Firman Allah ( At-Taubah: 105)




Berdasarkan ayat ini,jelaslah seorang yang mantap huubungannya dengan Allah akan terserlah melalui akhlaknya yang mulia lagi terpuji,meninggalkan segala perbuatan maksiat dan syubhat,kerana akhlak/amal perbuatan itu sendiri merupakan pembuktian dan buah kepada Aqidah yang sahih kepada Allah.
Pengaruh aqidah untuk berpegang kepada prinsip:Sesungguhnya prinsip yang kuat lahir dari pegangan yang kuat pada Aqidah.Keteguhan prinsip seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dalam berhadapan dengan kaum musyrikin,sudah tentu tidak akan dicapai oleh manusia dengan aqidah dan keyakinan yang mantap.

3.Konsep Tauhid
Asas kepada Aqidah ialah tauhid kepada Allah.Tauhid dalam Islam adalah intipati dari Islam itu sendiri.

Bahasa :Mengesakan Allah.
Istilah:Beri,tikad,percaya dan yakin bahawa Allah itu Tuhan yang esa dan tiada sekutu bagi-Nya.

Secara ringkasnya:Orang yang mentauhidkan Allah ialah mereka yang menyakini bahawa Allah adalah satu-satunya yang mencipta alam dan mempunyai segala sifat-sifat dan nama-nama yang maha sempurna da Dia sahaja yang layak disembah.Firman Allah yang bermaksud:
“katakanlah (wahai Muhammad),Allah yang Maha Esa,Tuhan tempat Bergantung segala sesuatu.Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara dengannya”                                                                             Al-ikhlas:1-4
Tauhid terbahagi kepada 3 bahagian:
a.Tauhid rububiyyah
Tauhid rububiyyah ialah beri,tikad atau mengaku bahawa Allah swt yang Esa sahaja pencipta sekalian makhluk dan ala mini.Dia memiliki segala Makhluk ,menghidup dan mematikan sesuatu,memberi mudharat dan manfaat kepada sesuatu.Dia berkuasa memberi rezeki,mentadbir sekalian makhluk dan alam sama ada yang di langit dan juga di bumi.
Tauhid rububiyyah diiktiraf dan diakui oleh semua manusia sama ada seorang Islam atau seorang kafir,kecuali golo0ngan mulhid(atheis) yang tidak percaya kepada adanya Tuhan.Kerana itu kalau seorang itu hanya mengakui dan beriman kepada dengan  tauhid ini sahaja tidak disertaj\kan dengan tauhid lain,dia tidak boleh dianggap Islam.Untuk menjadi Islam,seseorang itu mestilah mengakui juga tauhid uluhiyyah dan tauhid asma, wa sifat bersama tauhid Rububiyyah.
Orang kafir termasuk musyrikin pada zaman Rasulullah saw da sebelumnya seperti abu Lahab dan lain-lain pengikut mengaku dengan tauhid ini.
Al mukminun:84-85
 Yunus:31
Namun apa yang perlu diperhatikan ialah pengakuan terhadap Rububiyyah Allah semata-mata tidaklah dapat menyelamatkan manusia dari api neraka malahan  tidak dapat menjamin masuknya seseorang itu ke syurga.Sebagai contoh,kaum musyrikin makkah,munafik,orang Kristian ataupun yahuditurut mengakui Rububiyyah Allah.namun kesemua mereka adalah kafir dan kekal di dalam neraka selamanya.
Malahan golongan kafir yang Rasulullah perangi,bunuh,rampas harta benda ghanimah dan fa’ie dan dan halalkan wanita2 mereka itu untuk mengikrarkan Tauhid Rububiyyah dengan mengakui bahawa allah lah yang mencipta,memberi rezeki,menghidupkan dan mematikan dan yang menguruskan serta mentadbir seluruh ala mini.malah mereka juga bertawaf di Baitullah dan memberi rsedekah serta menunaikan nazar.

Dalam peperangan Badar juga kita melihat bahawa Abu Jahal berdoa kepada allah agar memusnahkan tentera Muhammad saw dan memberi kemenangan kepada tentera musyrikin Makkah .Pada ketika itu abu Jahal begitu bersungguh-sungguh menyangka bahawadia berpegang pada pihak yang benar.Jadi Abu Jahalpercaya bahawa yang memberi manfaat (kejayaan) dan mudharat(kekalahan) ialah Allah tetapi bukankah Abu Jahal ditempatkan di neraka.

Oleh itu adakah kita telah menjadi Muslim yang cukup sempurna hanya denga mengtakan bahawa Allah yang telah menjadikan diriku,menjadi matahari,bulan dan bintang.Sudah tentu tidak.Ini kerana seseorang itu belum benar Islamnya walaupun ia mengucapkan dua kalimah syahadah,solat,zakat,haji dan puasasekiranya dia baru beriman dengan Rububiyyah Allah dan tidak mengikutinya dengan tauhid uluhiyyah.Seseorang ituhanya benar islamnya selepas iamengakui dan mengikrarkan Uluhiyyah Allah.Dan untuk inilah Rasulullah memerangi orang-orang kafir iaitu sehingga mereka mengakui Uluhiyyah Allah.
Firman Allah:Al anfal:39
b.Tauhid Uluhiyyah
Tauuhid Uluhiyyah yang juga dipanggil tauhid ibadat ialah meni’tiqad
Dan beriman bahawa Allah swt sahaja yang layak disembah dengan sebenar dan tidak boleh menyekutuiNya dengan sesuatu.
Dia sahaja yang berhak disembah,dikasihi,dan ditaati,kepadaNya tempat bertawakkal,tempat berserah,tempat berserah,tempat menaruh harapan,permohonan dan doa.Allah swt sahaja yang mempunyai kekuasaan dan pemerintahan.Firman Allah swt:
Al Fatihah:4
Kerana itu tidak boleh seseorang itu menyembah atau memuja bulan,bintang,matahari,patung berhala,batu,pokok,kubur, atau isme-isme.(fahaman ciptaan manusia:kapitalisme,sosialisme,komunisme,liberalism,nationalism,feudalism).Juga tidak boleh menyembah para nabi,wli,malaikat dan lain-lain lagi.Jika seseorang itu menyembah dan memuja perkara lain,maka perkara itu adalah Tuhannya.jika ini berlaku perbuatan tersesebut menyebabkan berlakunya syirik kerana rosaknya pada tauhid uluhiyyah.

Apabila seseorang beriman dengan tauhid uluhiyyah,maka secara automatikdia beriman dengan tauhid  rububiyyah dan tauhid asma’ wa sifat.Ini kerana tauhid uluhiyyah mengandungi dibawahnya ttauhid2 lain dan tidak sebaliknya.Sebab itu orang yang hanya beriman kepada tauhid rububiyyah sahaja tidak semestinya dia beriman dengan tauhid uluhiyyah.Ada dari mereka(orang kafir) yang beriman dengan tauhid rububiyyah;mereka menyembah dan memuja patung2,berhala2,bulan,bintang dan seumpanya tetapi mereka tidak mentaaati Allah.

c. Tauhid Asma’ wa Sifat
Tauhid asma’ wa sifat ialah mengi’tiqad dan mengaku bahawa Allah swt bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan maha suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan Allah SWT mempunyai 99 nama yang layak dengan kebesaran-Nya.

Segala nama dan sifat-sifat Allah tidak menyerupai dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk, ilmu Allah SWT tidak sama dengan ilmu manusia, kudrat Allah SWT berbeza dengan kudrat makhluk dan lain-lain. Firman AllahSWT:
Asy Syura:11
Al A’raf:180
Untuk membetulkan tauhid ini, seseorang muslim mestilah mengisbatkan nama dan sifat-sifat Allah sebagaimana yang diisbatkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW serta menafikan semua yang berlawanan dengan apa yang ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul.

Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “ Jangan sifatkan AllahSWT kecuali dengan apa yang disifatkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya dan jangan melebihi apa yang disebut oleh Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

4. Konsep Syahadah
Syahadah bererti pengetahuan, penerangan, perkhabaran, dan pernyataan. Sebab itu seseorang yang bersyahadah dipanggil bersaksi, kerana dia mengkhabarkan atau memberitahu apa yang dii’tiqadkan olehnya. Kalimah syahadah mengandungi Iqrar, I’tiraf , I’tiqad: iaitu pangakuan, pengiktirafan dan kepercayaan.

Pembahagian kalimah syahadah ( Nafi dan Isbat)
-         Kalimah (              ) bererti “tiada tuhan” merupakan pengakuan keimanan beserta penafian bahawa tiada sesuatu yang layak disembah kecuali Allah
-         Kalimah (                 ) bererti ‘ melainkan Allah’ mengandungi penegasan dan pengecualian atau ithbat dangan menolak tuhan selain Allah dan menegaskan keEsaan Allah.

Syahadatain merupakan pintu masuk Islam dan asas terpenting tegaknya Islam. Islam tidak tertegak jika tidak dilaksanakan rukunnya yang 5 dan segala rukun itu tidak tertegak jika tidak sempurna.Syahadatain bahkan tidak ada Islam sebelum Syahadatain. Syahadatain adalah jiwa bagi Islam seumpama nyawa sebagai nadi kepada badan. Setiap anggota badan manusia tidak berperanan sebagai manusia hidup tanpa nyawa. Begitulah Syahadatain yang merupakan nyawa bagi setiap bahagian Islam. Amalan atau ibadat orang Islam yang tidak kerana-Nya ibarat menanam benih yang mati. Oleh itu, amalan kebajikan orang kafir tiada harga di sisi Allah kerana ia diaggap bangkai. Orang Islam amalannya soleh kerana kebajikannya banyak, sekiranya tiada roh Syahadatain adalah tidak diterima oleh Allah SWT.

Mengucap Syahadatain merupakan syarat dilakukan hukum dunia berhubung dengan seorang muslim seperti perkahwinan, berimamkan solat, disembahyangkan bila mati dan juga ditanam di perkuburan Islam selama seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman.

Seseorang yang melafazkan Syahadatain kerana uzur seperti bisu, atau mati setelah beriman tetapi tidak sempat mengucapkan Syahadatain, maka dia adalah tetap mu’min. Sebaliknya, bagi orang yang mampu dan mempunyai masa mengucapkannya tetapi enggan dan keengganannya itu kerana ingkar, maka dia adalah kafir. Soal hatinya bukan urusan kita, kalau hatinya membenarkan Islam dan segala hukumnya, maka mengikut Qaul Rajeh, dia beriman di sisi Allah tetapi tidak boleh dilakukan mu’amalah ke atasnya sebagai Muslim kerana tidak diketahui imannya. Sesungguhnya disebut diatas ialah kepada orang-orang yang mahu menganut Islam. Orang yang dilahirkan Islam, ia dianggap Muslim selagimana tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman.

5.Pengertian Ilah
Perkataan Ilah membawa kepada pengertian yang saling melengkapi iaitu:

Ilah sebagai Tempat Tumpuan dan Matlamat Pengabdian
Pengertian Ilah sebagai Tempat Tumpuan dan Matlamat Pengabdian ialah seorang muslim itu mestilah membentuk hidupnya agar sentiasa berada di dalam Ubudiah kepada Allah. Segala nikmat di dalam hidupnya adalah ditujukan untuk mentaati Allah. Dengan ini berertilah bahawa seseorang muslim itu menolak segala perkhidmatan yang bertentangan dengan kehendak Allah. Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, rukuk dan sujudlah (solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu kamu (dengan mentauhidkan-Nya). Serta kerjakanlah amal-amal kebajikan, supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).”(al-Hajj:77)

Ilah sebagai Tempat Perlindungan
Dengan Syahadah, seorang muslim itu meyakini bahawa tiada siapa pun yang mampu memberi perlindungan selain daripada Allah, segala perlindungan yang diberikan oleh mana-mana jua makhluk adalah bersifat sementara dan bergantung kepada keizinan Allah. Allah bebas menarik keizinannya bila-bila masa yang dikehendakinya. Firman Allah:

“Katakanlah wahai Muhammad:”Aku berlindung kepada Tuhan pemelihara sekalian manusia. Tuhan yang mentadbir sekalian manusia, Tuhan yang disembah oleh sekalian manusia”.(an-Nass:1-3)

Ilah sebagai Tumpuan Kecintaan
Pengertian yang terkandung di dalam kalimah Syahadah juga menuntut bahawa Allah adalah tumpuan kecintaan yang wajib dizahirkan melebihi segala-galanya. Kasih sayang dan cinta sesama manusia hendaklah diasaskan kepada kecintaan kepada Allah. Firman Allah:

“Katakanlah (wahai Muhammad): ”Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara mara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, keluarga dan harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan rosak, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu redai lebih daripada Allah, Rasul-Nya dan berjihad untuk agama-Nya,maka tunggulah sehingga allah mendatangkan keputusan (azab seksaan-Nya) kerana allah tidak ememberi petunjuk kepada orang yang fasiq”(at-taubah:24).


Ilah sebagai pemberi rezeki.
Disini syahadah menjelaskan satu hakikat  yang nyata, iaitu allah sahajalah yang memberi rezeki. Makhluknya sebagai pembawa dan penyampai-Nya sahaja;bukan pemberi rezeki dan tidak berupayanuntuk mrnambah atau menguranginya.
Firman allah SWT di dalam kitab-Nya;.

“wahai manusia, kenagkanlah nikmat allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu, tidak ada sama sekali yang menjadikan sesuatu selain daripada Allah, ia memberin rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada tuhan melainkan Dia,maka mengapa kamu rela dipalingkan (daripada menyembah-Nya)”?(Fatir:3)

Ilah sebagai sumber perundangan.
Pengertian illah juga mengandungi maksud allah sebagai tempat rujukan dalam menetukan hukum. Allah shaja yang berhak untuk menentukan undang-undang. Kekuasaan ini adalah mutlak dan tidak boleh dibahagikan-bahagikan. Firman allah(al-Maidah:44).

6.tuntutan syahadah.
Apabila seseorang insan telah mengucapkan syahadatain, maka tertangguhlah keatasnya beberapa tangungjawab sebagai membuktikan ikrar penyaksiannya terhadap ketuhanan allah dan kerasulan muhammad SAW. Disimpulkan bahawa tuntutan syahadataian ialah mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya(imtisalu awamirihi wajtinabu Nawahih).

   1.melaksanakan semua rukun islam.
   2.berintima, (menggabungkan diri) dengan islam sari sudut aqidah, akhlak, keluaraga dan ibadah.
   3.berintima’ dengan jemaah islam.
   4.mengakkan pemerintahan islam (daulah islamiah) yang mengagungkan hukum sayara’.
   5.melaksanakan amar ma’ruf wan nahyu anil munkar.
   6.berusaha mebentuk khilafah islamiah.

7.antara perkara yang membatalkan syahadah.
    1.   bertawakkal dan bergantung selain kepada allah.
    2.   mengingkari nikmat kurniaan allah.
    3.   berkerja dan beramal kerana selain daripada allah
    4.   mencipta undang-undang sendiri di luar kehendak ketentuan allah SWT.
    5.   taat selain daripada allah kecuali ekapda sesiapa yang diperintahkan oleh sayara’ supaya taat  
          Kepadanya.(imam)
    6.   menjalankan hukuman selain daripada hukum allah.
    7.   benci atau menentang salah satu daripada ajaran islam.
    8.   mencintai sunia mengatasi akhirat.
    9.   menghina al-quran dan assunnah serta ulama’ yang menegakkannya atau mempersendakan   
           hukum allah atau syiar islam.
   10.  menghalalkan yang haram oleh allah dan sebaliknya.
   11.  tidak beriman dengan al-quran dan assunnah atau hukum yang bersumber dengannya.
   12 . melantik orang kafira dan munafik menjadi pemimpin tertinggi serta tidak menyintai orang
          mukmin.
   13.  tidak beradab dengan pergaulan degan rasullullah SAW.
   14.  mengingkari sifat-sifat ketuhanan allah dan nama-nama-Nya.
   15.  menafikan kerasulan rasululllah SAW dan ajarannya serta menghina sifat-sifat mulia baginda. 
          Malah tidak mengiktikad baginda sebagai role model9contoh ikutan).
   16.  mengkafirkan orang mukmin serta tidak mengkafirkan orang yang jelas kekafirannya dan tidak
          menghalalkan perang ke atas mereka.
   17. melakukan ibadah diluar batasan syara’.


8. kesimpulan
 Sesiapa yang berpegang teguh kepada aqidah tauhid membentuk kehidupannya menurut tuntutan-tuntutannya, maka selamatlah hidupnya di dunia dan akhirat. Inilah jaminan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW dan termaktub di dalam kitab Allah SWT. 

No comments:

Post a Comment