BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 13, 2010

RaJa zAlim terBunUh di tAngaN rEmaJa

Kisah nabi Daud a.s dilantik menjadi raja merupakan kisah unik yang diceritakan dalam al Quran.Jalut merupakan seorang pemerintah yang sangat zalim dan digeruni,yang suka menindas bani israel,telah dibunuh oleh seorang remaja dengan hanya menggunakan lastik batu.Untuk mengetahui kisah ini,mari kita renungi ayat al Quran mengenai kisah tersebut.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad),tentang kisah ketua2 dari bani israel sesudah wafatnya Nabi Musa,ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka:'lantiklah seorang raja untuk kamu,supaya boleh kami berperang (bersama2 dengannya) pada jalan Allah'.Nabi mereka menjawab:"tidakkah harus,jika kamu kelak diwajibkan berperang,kamu tidak akan berperang?".Mereka berkata:'mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah,sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dari anak2 kami?' Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka,mereka membelakangkan kewajipan itu,kecuali sebahagian kecil daripada mereka.Dan ingatlah,Allah maha mengetahui akan orang yang zalim. (surah al baqarah 2:246)

Di dalam tafsir ibnu kathir menyebut sebahagian besar ahli tafsir mengatakan bahawa kisah tentang nabi yang diceritakan ini adalah Samuel.Ada juga yang mengatakan bahawa dia adalah Sam'un,dan ada juga yang mengatakan bahawa kedua2nya adalah sama.Dikatakan juga oleh mufasir lain bahawa dia ialah seorang lelaki yang bernama Yusya'.Hal ini jauh berbeza daripada apa yang diterangkan oleh Al Imam Abu Jarir dalam kitab sejarahnya yang katanya sebenarnya jarak antara kematian Yusya' dan Samuel adalah selama 460 tahun.Wallauhu'alam..

Adapun yang dimaksudkan dengan kaum yang diserang oleh musuh dan berperang melawan musuh itu,iaitu ketika mereka bertanya kepada nabi Allah itu adalah kaum bani israel.Pada ketika itu mereka mencari seorang raja yang layak untuk mereka taati dalam memimpin peperangan melawan musuh2 mereka.Samuel berkata kepada mereka:"Sekiranya diwajibkan kepada kamu berperang,adakah kamu akan mengikutinya? mereka menjawab:"Mengapa kami tidak mahu berperang dijalan Allah? iaitu apa yang akan menghalangi kami untuk ikut berperang padahal sesungguhnya kami telah diusir dari kampung halaman kami dan anak2 kami".

Seterusnya pada ayat 247,firman Allah bermaksud:Dan nabi mereka pula berkata kepada mereka:"bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu.' Mereka menjawab:'Bagaiman dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya,dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?'. Nabi mereka berkata:'Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu,dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan'. Dan ingatlah,Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas rahmatNya dan pengurniaanNya,lagi meliputi ilmuNya".

Dalam ayat 248 pula,mafhumnya:"dan nabi mereka berkata:'Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa daripada tuhan kamu,dan (berisi) sisa dari peninggalan keluarga Nabi Musa dan Harun,;peti Tabut itu dibawa oleh malaikat.Sesungguhnya kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu,jika betul kamu ornag yang beriman."

Tabut yang disebut Allah taala itu diperbuat daripada emas,biasanya digunakan untuk mencuci dada para nabi.Ada juga yang berpendapat bahawa di dalamnya terdapat ketenangan (sakinah) bagaikan angin yang bertiup sangat kencang.Terdapat juga pendapat bahawa bentuk Tabut itu adalah seperti tongkat yang besar,ketika dalam peperangan,ia boleh memberikan bantuan,maka ini dapat meyakinkan golongan bani israel akan pertolongannya.Adapun maksud ayat Allah s.w.t"Sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun" ialah dengan sisa2 daripada alat penggilingan dan sesuatu kurnia yang turun kepadanya.

"Tabut itu dibawa oleh malaikat" iaitu yang dibawa kepada mereka oleh para malaikat.Kamu melihatnya dengan mata kepala kamu sendiri sebagai bukti dan tanda kebenaran tentang apa yang dikatakannya kepada kamu semua dari kebenaran akan sesuatu penguasaan terhadap raja soleh yang kelak akan memerintah kamu.Kemudian Allah s.w.t berfirman dalam ayat 249:"Kemudian apabila Talut keluar bersama2 tenteranya berkatalah ia:'Sesungguhnya Allah akan menguji kamu denga sebatang sungai,oleh itu sesiapa diantara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia daripada pengikutku,dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku kecuali orang mencedok satu cedokan dengan tangannya."Sesudah diingatkan demikian mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas2nya),kecuali sebahagian kecil daripada mereka".

Ibnu Abbas dan sebahagian besar daripada ahli tafsir mengatakan bahawa sungai itu adalah sungai Al-Ordan.Dikatakan oleh Al-Shadi bahawa jumlah pasukan itu adalah seramai 80ribu orang,yang meminum air sungai dari mereka itu berjumlah 76ribu orang dan hanya 4ribu orang sahaja yang taat kepada Talut.Seterusnya Allah s.w.t berfirman dengan mafhumNya,"Setelah Talut bersama2 orang yang beriman menyeberangi sungai itu,berkatalah orang yang meminum (sepuas2nya)'kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya".Hal ini bererti,bahawa mereka menyatakan bahawa diri mereka semua adalah lemah untuk meneruskan peperangan.Ini disebabkan jumlah pasukan mereka yang kecil dibandingkan dengan pihak lawan.

Dalam ayat seterusnya iaitu,"Berkata pula orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah:'Berapa banyak (yang pernah terjadi),golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah;dan Allah sentiasa bersama orang yang sabar".Iaitu menetapkan pada diri mereka keberanian dan siap siaga dengan kemantapan iman dan keteguhan sabar terhadap para tentera musuh.Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya,mereka berdoa dengan berkata:"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami atas kaum yang kafir dan kata2 orang yang suka berdebat serta mara bahaya penyakit yang mungkin menimpanya".

Firman Allah s.w.t bermaksud:"Oleh sebab itu,mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah,dan Nabi Daud (yang turut serta dalam Talut) membunuh Jalut.Dan sesudah itu Allah memberi kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan,dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.Dan kalaulah Allah tidak menolak sesetengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan sesetengah yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini,akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam".

Diceritakan juga bahawa Jalut mengisytiharkan supaya diadakan perlawanan satu lawan 1.Jalut yang gagah perkasa maju kehadapan mencabar musuh2nya.Cabaran Jalut disambut oleh Daud,seorang yang nampaknya tidak setanding dengan Jalut yang bertubuh besar,kuat dan gagah.Sehinggakan Jalut mengejeknya dengan berkata:"Pergilah kamu,sebab aku tak ingin membunuh budak kecil seperti kamu".Namun Daud menjawab:"Tetapi aku ingin membunuh kamu!"Maka berlakulah pertempuran antara Jalut dengan Daud.Walaupun bertubuh kecil,Daud berjaya menjatuhkan Jalut dengan lemparan batu,sehingga tentera Jalut terkejut dan bertempiaran lari.

Sejak kejadiaan itu,nama Daud menjadi terkenal dalam kalangan bani israel.Selepas kematian Talut,urusan pemerintah dikuasai oleh Daud,yang menjadi raja keatas bani israel.Menurut Al-Shadi,Nabi Daud ketika itu berumur 13tahun.Dalam berhadapan dengan tentera Jalut,Talut menawarkan bahawa sesiapa yang membunuh Jalut,maka dia akan menikahkannya dengan puterinya dan akan membantunya dalam kerajaan.

Didalam pertempuran itu,Nabi Daud melemparkan batu dengan menggunakan lastik ke arah Jalut.Nabi Daud melastik Jalut sebanyak 3x.Ketika mengambil batu untuk kali yang ketiga,Jalut yang datang menghadapi Nabi Daud berkata,"Pulanglah kamu,aku tidak mahu mahu membunuhmu".Namun Nabi Daud menjawab,"Akan tetap akulah yang akan membunuhmu". Maka ketika itulah Nabi Daud mengambil batu yang ke3 dan diletakkannya pada lastik yang berisi 3 batu sekali gus! Kemudian disasarkannya kepada Jalut dengan tepat mengena kepalanya sehingga pecah dan mati disitu.Sejurus itu juga tentera Jalut lari lintang pukang.

Dengan terbunuhnya Jalut di tangan Nabi Daud,maka Talut menepati janjinya untuk menikahkan Nabi Daud dengan puterinya dan menemaninya dalam kerajaan.Semenjak itu,Nabi Daud dicintai dan diagungkan oleh rakyat bani israel..Akhirul kalam,cerita ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif.Lulusan ijazah di Universiti al-Azhar mesir,bidang usuluddin.Ilmu sama dikongsi..

No comments:

Post a Comment