BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 19, 2010

Ular makan mayat

Suatu ketika, sedang Rasulullah saw megimami solat jenazah ke atas seorang hamba Allah yang meninggal dunia. Tiba-tiba baginda dan para sahabat melihat kain kapan bergerak-gerak seakan ada sesuatu di dalamnya.

Lalu seorang sahabat baginda, Umar ra membuka kain kapan tersebut. Dan semua yang hadir terkejut melihat seekor ular hitam sebesar batang tamar sedang membelit mayat dan memakan daging mayat tersebut.

Umar ra dengan segera mengeluarkan pedang dan hendak membunuh ular tersebut.

Tiba-tiba ular tersebut mengangkat kepala dan bersuara, "Ashaduallailahaillallah. Kenapa engkau hendak membunuh aku. Aku tidak melakukan sebarang dosa."

Umar ra lantas bertanya, "Kenapa engkau menyiksa mayat ini?".

Ular tersebut menjawab, "Aku diperintahkan oleh Allah swt untuk menyiksa mayat ini kerana sewaktu hidupnya dia tidak solat, tidak mengeluarkan zakat dan tidak mendengar nasihat alim ulamak."

Rasulullah saw memberitahu para sahabat, "Seksa ke atas seorang hamba Allah berlaku di dunia lagi apabila tidak solat dan tidak memberi hak pada yang berhak menerimanya (zakat)."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengajaran : Azab yang sangat pedih dan dasyat sedanga menunggu kepada 3 golongan manusia, iaitu MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT, MEREKA YANG TIDAK MEMBAYAR ZAKAT dan MEREKA YANG TIDAK SUKA KEPADA NASIHAT DAN TEGURAN ORANG ALIM. Bertaubatlah...segeralah kerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment