BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 21, 2010

QUNUT NAZILAH

Apakah qunut nazilah itu? Secara garis besarnya qunut nazilah adalah suatu doa di dalam solat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri kerana malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk penganiayaan, penyiksaan, gempa, banjir, dan sebagainya. Nazilah, jamak nawazil, itu sendiri bererti 'malapetaka' (al-Bahuti, Kasysyaf al-Qina', 1/421)

Dalam sejarah Islam, qunut nazilah sering dilakukan baginda Rasulullah SAW dan Khulafa Rasyidin yang empat. Pada permulaan Hijrah, baginda membaca qunut nazilah untuk keselamatan Ayyasy, al-Walid dan Salamah yang berpakat hijrah dengan melarikan diri dari Makkah ke Madinah. (Rujuk hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Dalam kejadian lain, puak Ri'l, Zakuan, 'Ushayyah dan Bani Lahyan meminta pertolongan Nabi untuk menghantar tentera bantuan dalam memerangi musuh mereka. Baginda mengabulkan permohonan itu dan mengutuskan 70 pejuang Ansar yang dikenali sebagai penghafaz al-Quran pada masa itu. Mereka adalah pencari kayu pada siang hari dan solat tahajud pada malam hari. Ketika tiba di satu tempat bernama Perigi Ma'unah, kawasan al-Najd, puak Arab berkenaan mengkhianati Nabi dan menyembelih semua pejuang utusan baginda itu. Kejadian ini berlaku pada bulan Safar tahun 4 Hijrah. Selepas berita memilukan dan menyedihkan ini, Nabi membaca qunut nazilah untuk kebinasaan puak Ri'l, Zakuan, 'Ushayyah dan Bani Lahyan selama satu bulan. (Rujuk hadis riwayat Bukhari)

Selepas kekalahan umat Islam dalam peperangan Uhud yang berakhir pada Sabtu, 15 Syawal tahun 3 Hijrah, puak 'Adhl dan al-Qarah meminta kepada Nabi orang yang boleh mengajarkan agama kepada mereka. Nabi dengan senang hati mengabulkan permintaan mereka dan mengirimkan 10 orang ustaz di bawah pimpinan 'Ashim bin Tsabit. Malangnya, ketika tiba di kawasan puak Huzail, penipu daripada orang musyrik itu menghadang dan membunuh mereka. Tiga daripada mereka terselamat iaitu Khubaib bin Adiy, Zaid bin al-Datsnah dan Abdullah bin Tariq tetapi mereka menjadi tawanan. Bagaimanapun, mereka akhirnya terbunuh juga kerana sebab masing-masing. Kejadian ini dalam sejarah Islam terkenal dengan nama Ba'ts al-Raji' atau Utusan al-Raji' dan Rasulullah juga membaca qunut nazilah untuk kebinasaan kedua-dua puak pengkhianat berkenaan. (Rujuk Sirah Ibn Hisham)

Daripada tiga kejadian di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa setiap bala bencana menimpa umat dan juga demi memohon keselamatan umat, Nabi selalu melakukan qunut nazilah. Ini ditegaskan lagi dalam sebuah hadis maksudnya: "Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah rukuk." (HR Ahmad dan Bukhari)Imam al-Nawawi (w. 676H) dalam kitabnya al-Majmu' menyatakan: "Pendapat yang benar dan masyhur yang ditetapkan majoriti ulama, apabila berlaku bala dan bencana ke atas orang Islam seperti ketakutan, kemarau, wabak atau serangan belalang atau seumpamanya, bolehlah dilakukan qunut nazilah pada setiap kali solat fardu. Jika tidak berlaku bala bencana, tidaklah perlu qunut nazilah itu."Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunatkan ketika terjadi musibah.

Sunat qunut nazilah ini pendapat ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali dan lain-lainnya. Imam Syafie berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib.” (Dalam al-Baghawi, al-Syarh, 2/279). Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni menukil ucapan Imam Ahmad: “Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan orang yang dibelakangnya.” (1/450)Umat Islam adalah satu tubuh jika salah satu anggota tubuhnya sakit, yang lain turut sakit. Kita berkewajipan membantu umat Islam lain yang dalam keadaan musibah khasnya peperangan di merata tempat.

Ukhuwah Islamiyah adalah kewajipan. Kita boleh membantu mereka dengan harta kekayaan, dukungan moral, pemberitaan kepada umat Islam yang lain dan salah satu di antaranya dengan doa. Saudara-saudara kita di Palestin sememangnya mengharungi keperitan hidup sepanjang masa.


Qunut Nazilah

اللهم ﺇانانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت
كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله ياالله اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب ﺇاهزمهم اﺇهزمهم اﺇهزمهم وانصرنا عليهم

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

No comments:

Post a Comment