BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 29, 2010

CERITA BARU

Salam kembali mencoret sesuatu dalam sesawang ini. Ana datang dengan membawa satu kisah yang mana kita boleh kongsi bersama. Insha Allah.

Ramai dalam kalangan orang Kristian dan Yahudi yang sebenarnya berminat dengan Islam. Tetapi Iblis bertindak menghalang mereka memeluk agama Islam. Kata Iblis, "Jangan bertindak terburu-buru.Fikirkan mengenainya sekali lagi secara matang." Iblis terus menerus membisikkan kata-kata itu sehingga mereka akhirnya mati sebelum sempat memeluk agama Islam.

Iblis turut menghalang orang yang berdosa daripada bertaubat.Akhirnya mereka menjadikan nafsu syahwat sebagai matlamat hidup. Kata seorang penyair,"Jangan segera melakukan dosa kerana nafsu berahi dan jangan melengah-lengahkan taubat sehingga kemudian hari."

Ramai orang yang ingin berbuat kebaikan,menangguhkannya dihalang oleh iblis. Kepada orang yang hendak belajar, iblis berbisik, "Tunggu dulu." kepada orang yang hendak mendirikan sembahyang malam, iblis berbisik, "Engkau masih punya banyak waktu."

Iblis sentiasa mendorong manusia supaya bermalas-malasan dan menjadikan amal kebaikan sebagai angan-angan semata-mata.

Orang yang mempunyai semangat harus bertindak berdasarkan semangatnya. Semangat mampu menewaskan angan-angan.Ketika dalam keadaan bersemangat, timbul rasa takut dan bimbang sekiranya apa yang ingin dilakukan tidak dapat dikotakan. Mereka juga sedar masa yang berlalu tidak kembali.

Orang yang hendak melakukan kebaikan, terhalang melakukannya kerana panjang angan-angan. Pada masa yang sama, manusia membisikkan pula supaya melakukan kejahatan. Akhirnya mereka terus menerus berkeadaan begitu.

Orang yang panjang angan-angan suka membuat andaian. Contohnya, mereka berkata,"Sekiranya saya dapat rezeki lebih, saya akan bersedekah." Percakapan sebegitu tidak ada faedah. Anatara generasi awal islam, ada yang berkata," Saya ingatkan kalian mengenai bahaya membuat andaian, kerana membuat andaian itu adalah pasukan iblis paling besar."

Perbandingan antara orang yang panjang angan-angan dengan yang berwaspada, ibarat orang yang hendak berjalan jauh itu. Sebaliknya, orang yang panjang angan-angan menangguhkan persiapan sehingga akhirnya gagal membawa bekalan secukupnya dan menghadapi masalah dalam perjalanan.

Begitulah perumpamaan manusia di dunia. Ada yang sedar dan berwaspada, ada yang terpedaya dan panjang angan-angan. Manusia yang berwaspada tidak cemas apabila kematian menghampirinya. Manusia yang panjang angan-angan sebaliknya berasa takut dan kesal.

Kami memohon keselamatan kepada Allah daripada tipu daya dan pujukan syaitan, kejahatan jiwa dan dunia. Sesungguhnya Allah Maha Dekat dan Maha Mengkabulkan Doa. Semoga Allah menjadikan kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang beriman.... Ameen..:-)

No comments:

Post a Comment