BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 3, 2010

AMBILLAH IKTIBAR DUHAI SAUDARAKU !

Diriwayatkan daripada Bakr bin Hammad rahimahullah bahawa suatu ketika beliau keluar ke kubur dan memandang kubur yang terbentang serta memikirkan kekasih-kekasih dan saudara-saudara, sahabat-sahabat dan jiran-jiran. Kemudian beliau menangis sehingga berpanjangan tangisannya dan air matanya membasahi janggutnya, kemudian dia berkata:

Kami menziarahi rumah-rumah kaum yang tidak menziarahi kami, sesungguhnya kami dalam kelalaian daripada apa yang kami hadapi.

Sekiranya mereka bercakap nescaya mereka mengatakan celaka kamu bersungguh-sungguhlah, bersungguh-sungguhlah untuk kepergian maka mereka telah menduduki tempat bermukim.

Maut meliputi dunia dan kemuliaannya, sedangkan perbuatan kami perbuatan kaum yang tidak ingin mati.

Maka banyaklah menangis maka tangisan berhak bagimu, maka mereka yang memikul Arasy Allah menangis.



Wahai hamba Allah, bersungguh-sungguhlah dalam amalan! Maka sesungguhnya kubur berada di hadapan kamu. Maut menuntut kamu mencerai-beraikan apa yang kamu telah kumpulkan, meruntuhkan apa yang kamu bina. Dengan memutuskan nafas-nafas serta memindahkan kami kepada kesempitan lahad dan kubur.

Maka sesiapa yang membawa amal soleh ke kubur dia mendapatinya dari taman-taman syurga, dan sesiapa yang tidak membawa amal soleh kepadanya dia mendapati lubang dari lubang-lubang neraka. Buatlah persiapan baginya wahai sahabat-sahabat dan sudara-saudara.

Diriwayatkan dari Muhamad bin As-Simak rahimahullah bahawa beliau berkata: aku melalui kubur-kubur lalu aku mendapati tertulis atas sebuah kubur:

Kaum kerabatku berlalu di tepi kuburku, seakan-akan kaum kerabatku tidak mengenali aku.

Dan ahli waris membahagi-bahagikan hartaku, dan mereka tidak lalai jika mereka mengingkari dewanku.

Dan mereka telah mengambil bahagiannya lalu pergi, maka demi Allah alangkah cepatnya mereka melupakan aku.

Wahai hamba Allah, sedarlah dari kemabukkan kamu dari negeri kepalsuan dan ketaatan kepada syaitan yang membinasakan, serta beramallah untuk kesempitan lahad dan kubur.

(Petikan Daripada kitab Bustanul Wa'izin oleh Ibnul Jawzi)

No comments:

Post a Comment