BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 4, 2010

INILAH HARI KEPUNYAAN ANDA… (Petikan dari buku JANGAN BERSEDIH)


Apabila anda berpagi-pagi maka janganlah menuggu hari petang. Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang sudah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan hari esok yang belum tentu dating.hari yang ketika ini menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, inilah hari anda…

Bukan mustahil hidup ada tinggal sehari sahaja lagi-hari ini. Maka anggaplah masa hidup anda hari ini sahaja atau seolah-olah anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup anda tidak akan koyak rabak diantara gumpalan keresahan, kesedihan dan suka-duka serta pedih luka parut masa lalu dengan bayangan hantu masa depan yang penuh keraguan dan menakutkan.

Oleh itu, sudah sepatutnya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan kerja kuat anda pada waktu ini dan untuk hari ini. Dan pada hari inilah anda perlu berazam mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk, bacaan al-Quran yang paling tartil dan penuh renungan, berzikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalan segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dan keredhaan dengan semua yang ALLAH berikan, perhatian terhadap keadaan sekeliling, mengambil berat terhadap kesihatan jiwa dan raga, serta berbuat baik sesama manusia.

Jadi sudah sepatutnya anda pada hari ini lebih bijak dan pandai membahagikan waktu anda dengan lebih baikjadikanlah tiap-tiap minitnya sebagai ribuan tahun dan setiap saatnya sebagai ribuan bulan. Tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini dan persembahkanlah sesuatu yang palingindah untuknya. Beristighfarlah atas semua dosa, ingatlah sentiasa kepada-Nya dan bersiap-siaplah untuk satu perjalanan jauh menuju akhirat, dan nikmatilah hari ini dengan segala kerianagn dan kebahagiaan. Terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu, dan jawatan anda hari ini dengan penuh keredhaan….

“Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur” (Surah Al-A’raf: 144)

No comments:

Post a Comment